PDF ArchiveHistorical archive . public document
2011 . June . 29

SP BPN BIL.7 11 SEMAI Staf MARA

bpn07_11.pdf . by User

PDF 1.4 4 pages 40.03 KB Filed 29/06/2011
Download this PDF
bpn07_11.pdf
Web reader . 4 pages
Page 1 of 4, bpn07 11
1 / 4
Advertisement

File preview

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Bahagian Pembiayaan Perniagaan Tingkat 8, Ibu Pejabat MARA No. 21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur Bil. MARA : UUM/BPN/010 Pendaftaran: BP 96/3 klt. 9 (33) Tarikh : 27 Jun 2011 ______________________________________________________________________________ SURAT PEKELILING PEMBIAYAAN PERNIAGAAN MARA BIL. 7/2011 SKIM PEMBIAYAAN PERNIAGAAN (SEMAi) 1. TUJUAN 1.1. Surat pekeliling ini bertujuan untuk memberi garis panduan bagi melaksanakan Skim Pembiayaan Perniagaan (SEMAi) dengan diperluaskan skop kepada pesara MARA. 2. ERTI KATA 2.1 Di mana perkataan berikut digunakan dalam pekeliling ini, erti katanya adalah seperti dinyatakan di bawah: 2.1.1 “Lepasan IPMa” ialah pelajar Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang telah menamatkan pengajian. 2.1.2 “IPMa” ialah institusi Pendidikan MARA termasuk yang dimiliki oleh anak syarikat MARA. 1   2.1.3 “Pesara MARA” ialah kakitangan MARA / Anak Syarikat MARA yang berjawatan tetap dan telah bersara wajib atau bersara pilihan. 2.1.4 “Usahawan Mudah Jaya” ialah usahawan yang mempunyai tahap disiplin diri yang tinggi, berdaya saing, matang, bermotivasi dan baik kerohaniannya. 3. LATAR BELAKANG 3.1 Bahagian Pembiayaan Perniagaan (BPN) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan IPMa (SEMAi) Bil. 4/2011 pada 28 April 2011 yang khusus bagi usahawan lepasan IPMa. 3.2 Mesyuarat Pengurusan MARA Bil. 9/2011 bertarikh 26 Mei 2011 telah bersetuju diperluaskan skop SEMAi kepada Pesara MARA. 4. PELAKSANAAN 4.1 Had Pembiayaan ialah RM50,000.00. 4.2 Kadar Keuntungan ialah 4% setahun. 4.3 Cagaran dan Jaminan dikecualikan. 4.4 Kriteria Pemohon 4.4.1 Pelajar Lepasan IPMa i. Memula atau mempertingkatkan perniagaan yang sama atau berkaitan dengan kursus yang diikuti di IPMa: atau 2   ii. Menjalankan perniagaan dalam bidang yang lain sekurangkurangnya 6 bulan. Perniagaan hendaklah berdaya maju dan menepati kriteria usahawan mudah jaya. 4.4.2 Pesara MARA i. Menjalankan Keperluan perniagaan pembiayaan perniagaan. sekurang-kurangnya 6 bulan. adalah untuk meningkatkan Perniagaan hendaklah berdaya maju dan menepati kriteria usahawan mudah jaya. atau iii. Pesara yang telah mengikuti kursus Skim Latihan Galakan Pesara (SLGP) pembiayaan boleh dipertimbangkan bagi memulakan perniagaan. 4.5 Syarat Kelayakan Pemohon 4.5.1 Pelajar Lepasan IPMa. i. Menamatkan pengajian di IPMa dengan jayanya. ii. Berumur 18 tahun ke atas. iii. Mendapat surat sokongan daripada Pengawal Pusat di tempat menjalani latihan / belajar. 4.5.2 Pesara MARA i. Berumur tidak melebihi 60 tahun. ii. Mendapatkan surat pengesahan sebagai Pesara MARA. iii. Mempunyai rekod yang baik dan tiada tindakan disiplin sepanjang tempoh perkhidmatan. 3   4.5.3 Tempat dan lokasi perniagaan hendaklah sesuai dengan jenis perniagaan yang dijalankan dan mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 4.5.4 Perniagaan telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 4.6 Pemantauan 4.6.1 Pelajar Lepasan IPMa Pengawal Pusat IPMa yang memberi sokongan pembiayaan kepada pemohon adalah bertanggungjawab memantau kemajuan projek bersama Pegawai MARA Daerah (PMD) berkenaan. 4.6.2 Pesara MARA Kaedah pemantauan tertakluk kepada peraturan sedia ada. 5. PEMBATALAN SURAT PEKELILING 5.1 Dengan ini Surat Pekeliling Pembiayaan Perniagaan MARA Bil. 4/2011 bertarikh 28 April 2011 adalah dibatalkan. 6. TARIKH KUATKUASA 6.1 Surat Pekeliling ini berkuatkuasa mulai daripada 27 Jun 2011. Sekian, terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” DATUK IBRAHIM BIN AHMAD Ketua Pengarah MARA ”Keusahawanan dan Pendidikan Global” “Amanah rakyat” 4  

Download bpn07 11

bpn07_11.pdf . PDF . 40.03 KB . 4 pages

Download PDF

File information

File name
bpn07_11.pdf
Title
SP BPN BIL.7 11 SEMAI Staf MARA
Author
User
Size
40.03 KB
Pages
4 pages
PDF version
1.4
Produced with
PScript5.dll Version 5.2.2 / Acrobat Distiller 8.1.0 (Windows)
Filed on
29/06/2011
Page views
2 823
Document ID
bpn07-11
MD5
b4be8e6a2277d4e51faf4c74df41a0d6
SHA-512
f3be2b8a88eb750fb8d0ad3d11b15cd72964b055e6c4b9281418f8e86a279d6808e4eb0eec07f0e856c20be543c1a7e2b58f1fddae4c2faa60f919ea490225ce

Share this document

This address never changes. It is the one to keep, to send, or to cite.

Shorter, for a text message or a post with a character limit.

To link to this document from a website or a blog.