PDF Archive

Easily share your PDF documents with your contacts, on the Web and Social Networks.

Share a file Manage my documents Convert Recover PDF Search Help Contact



Ombak Cup 2012.pdf


Preview of PDF document ombak-cup-2012.pdf

Page 12322

Text preview


PROFIL YAYASAN ALBITAN
Yayasan Albitan (YA) di daftarkan pada 3hb Jun 2011 di bawah Akta Syarikat dengan No.
Pendaftaran 947441-A. Nama Albitan tersebut adalah merujuk kepada istilah yang
dipopularkan oleh sahabat-sahabat sekitar tahun 1980-an ketika sama-sama berorganisasi
di unit Belia, Kementerian Belia dan Sukan. YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada
ketika itu adalah Ketua Setiausaha (KSU) di Kementerian Belia Dan Sukan.
Yayasan Albitan menghimpunkan semua generasi rangkaian sahabat yang menyumbang
tenaga dan kepakaran masing-masing secara sukarela untuk memastikan agenda Agama,
Bangsa dan Negara terus menjadi teras kepimpinan Negara.
Yayasan Albitan telah membina sistem pangkalan data yang setakat ini berjaya menjejaki
lebih 535 orang sahabat lama dan lebih 3,000 sahabat baru termasuk generasi
muda. Kesemua sahabat YA akan dilindungi di bawah satu Skim Insurans dan Khairat
Kematian yang polisi utamanya dibiayai oleh YA. Skim kebajikan ini adalah harapan
generasi awal sahabat tahun 70-an dahulu bagi menghargai sumbangan dan peranan yang
pernah mereka berikan.
Yayasan Albitan ditubuhkan dengan tujuan dan aktiviti syarikat seperti berikut:1. Untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang dan memberi harapan kepada
mereka-mereka yang ditinggalkan, mereka yang didera, yang sakit dan yang kurang upaya
di dalam negeri ini dan umat Islam amnya;
2. Memberi bantuan kewangan kepada masyarakat dan projek ahli-ahli dan secara amnya
memperbaiki kehidupan dan memberi harapan kepada yang daif;
3. Untuk memberi sokongan, latihan dan bantuan kewangan kepada masyarakat, individu
dan ahli-ahli Yayasan dan keluarga mereka untuk membina kehidupan yang
berkualiti melalui kestabilan ekonomi, emosi keluarga dan umumnya meningkatkan
keperluan hidup.
Seperti tujuan penubuhan yang dinyatakan di atas penubuhan Yayasan ini bukanlah
bertujuan untuk mencari keuntungan. Ia juga adalah untuk meringankan kesusahan
dikalangan masyarakat, individu dan keluarga mereka untuk membina kehidupan yang
berkualiti melalui kestabilan ekonomi, emosi keluarga dan umumnya meningkatkan
keperluan hidup.
Yayasan ini akan memberi khidmat atau manafaat kepada rakyat Malaysia tanpa
mengira bangsa, agama dan keturunan.
.
1