PDF Archive

Easily share your PDF documents with your contacts, on the Web and Social Networks.

Share a file Manage my documents Convert Recover PDF Search Help Contact



Ombak Cup 2012.pdf


Preview of PDF document ombak-cup-2012.pdf

Page 1 23422

Text preview


TABUNG ANUGERAH
KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
TINGGI ZA’BA

Pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan modal insan. Melalui ilmu
pengetahuan, yang lemah akan menjadi kuat dan yang miskin dapat meningkatkan
taraf kehidupan. Atas rasional ini, Yayasan Albitan (YA) akan menjalankan
kerjasama dengan Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mewujudkan Tabung Anugerah Kecemerlangan
Tinggi Za’ba sempena mengambil nama tokoh terbilang pendidikan Za’ba
.
Dalam usaha untuk merealisasikan niat murni ini, maka Siri Jelajah Golf Amal
Yayasan Albitan – Ombak Cup 2012 diadakan bagi mengisi dana Tabung Anugerah
Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Za’ba. Anugerah ini merupakan suatu
pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang mahasiswa IPTA..
Siri Jelajah Golf Amal ini akan diadakan sebanyak 10 siri mengikut zon iaitu Zon
Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak. Kejohanan ini di
jadualkan sepanjang tahun 2012 dengan kemuncaknya pada bulan Disember 2012
di Glenmarie Golf & Country Club.
YA akan berganding bahu dengan IPTS terpilih di setiap negeri dalam siri
Kejohanan Golf Amal ini. Dana sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada
IPTA tersebut untuk disampaikan kepada dua orang mahasiswa yang memiliki
pencapaian akademik cemerlang. Segunung penghargaan diucapkan atas
sumbangan semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Siri Jelajah Golf Amal
Yayasan Albitan 2012 ini.

2