PDF Archive

Easily share your PDF documents with your contacts, on the Web and Social Networks.

Share a file Manage my documents Convert Recover PDF Search Help Contact



Sewing Embroidery Machine .pdf


Original filename: Sewing Embroidery Machine.pdf
Author: Day Shift_2

This PDF 1.5 document has been generated by Microsoft® Word 2010, and has been sent on pdf-archive.com on 19/06/2015 at 10:48, from IP address 122.180.x.x. The current document download page has been viewed 536 times.
File size: 315 KB (2 pages).
Privacy: public file




Download original PDF file









Document preview


Mesin Jahit Portable dan Mesin Jahit Industri
Kali in Kraf Ezee ingin memberikan ringkasan beza mesin
jahit industri dan mesin jahit portable biasa. Ini
berdasarkan soalan dari kebanyakan pelanggan yang tidak
pasti cara untuk memilih mesin jahit yang sesuai. Di antara
perkara yang perlu di ambil kira ialah
1. Budget - ini sangat penting kerana mesin jahit ada
pelbagai jenis harga bersesuaian dengan fungsi
mesin tersebut. Secara umumnya lebih mahal
harga mesin tersebut, maka lebih banyak fungsi
jahitan atau sulaman pada mesin tersebut. Sebagai
contoh Mesin Jahit Brother GS2700 mempunya 27
corak jahitan manakala Mesin Jahit dan Sulam
Berkomputer Brother NV950E pula boleh
melakukan 135 jenis jahitan dan pelbagai jenis paten sulaman (jika ada pendrive dan perisian
sulaman). Harga GS2700 ialah RM849.00 (harga retail standard) manakala NV950E pula
RM4299.00 retail standard tetapi ada diskaun di jual pada harga RM2499.00.
2. Fungsi dan keperluan menjahit. Jika Tuan/Puan hanya memerlukan mesin jahit untuk
membetulkan koyakan pada pakaian, kemungkinan besar mesin yang diperlukan hanya Brother
JS1410 dengan 14 fungsi jahitan yang mudah. Jika Tuan/Puan perlu menjahit baju kurung 5
pasang sehari, kemungkinan besar apa yang diperlukan ialah mesin jahit industri.
Kedua-dua faktor di atas perlu di ambil kira untuk memilih mesin jahit yang sesuai.
Berikut adalah perbandingan antara mesin jahit industri dan mesin jahit portable untuk rujukan.
Anda perlu tentukan keperluan menjahit anda. Kami cadangkan buat perkiraan jumlah pakain di
jahit sehari. Jika jumlah jahitan tinggi (rujuk di bawah), maka mesin jahit industri adalah
jawapannya. Jika tidak mesin portable sudah memadai.
Kami juga seringkali mendapat soalan berikut: Adakah mesin jahit serba boleh buat jahitan lurus dan
jahitan tepi. Jawapannya: sepengetahuan kami, tiada. Ini kerana struktur mesin jahit tepi dan mesin
jahit biasa adalah sangat berlainan. Mesin jahit tepi memerlukan sekurang-kurangnya 3 kedudukan
"jarum", manakala mesin jahit biasa pula hanya memerlukan satu jarum dan menggunakan sekoci
atau bobbin.

Setakat ini tiada lagi pengeluar mesin jahit yang mampu untuk mengeluarkan mesin sedemikian.
Walaubagaimana pun, mesin jahit biasa boleh ditukar tapaknya untuk membuat jahitan tepi dengan
syarat mesin tersebut mesin boleh buat jahitan zig zag dan kedudukan jarum boleh di ubah suai ke
kiri atau ke kanan. Akan tetapi jahitan tepi dengan teknik sebegini tidaklah cantik dan terhad. Kami
anggarkan kekemasan jahitan tepi mesin jahit biasa hanyalah pada kadar 10-15% dari mesin jahit
tepi yang sebenar. Berikut adalah contoh tapak untuk jahitan tepi
Sekian untuk kali ini. Kesemua yang di tulis di atas adalah berdasarkan pengalaman dan mungkin
berbeza dengan pemerhatian anda. Kami alu-alukan pandangan dan pendapat anda.

About Us
We are a family based company that operates since December 2012 through our shop kRaf eZee at
Bandar Baru Bangi, Selangor, MALAYSIA and mobile online shop Krafezee.com. We offer a wide
selection of sewing items, sewing machines, crafting items, fabrics and many other craft and sewing
supplies items.
Since our estasblishment we have grown our business and still adding many new exciting crafting and
sewing products to our offering in order to better serve our customers.

How to contact us?
We welcome any inquiry/suggestion/comment about us, our products or our site. Please do not
hestitate to contact us via any of these channels: email: krafezee@gmail.com: http://www.krafezee.com
or call/SMS/Whatsapp at +60129289727 (Contact Person: Encik Rafizi). Feedback is within 48 hours.
Bangi HQ Phone Number: 03-89129134
Klang Branch Phone Number: 03-33221652


Sewing Embroidery Machine.pdf - page 1/2
Sewing Embroidery Machine.pdf - page 2/2

Related documents


PDF Document sewing embroidery machine
PDF Document quilting sewing machines
PDF Document opsi mesin absensi kartu berguna1141
PDF Document konveksi seragam kerja jakarta surewi
PDF Document memilih harga mesin absensi sidik1450
PDF Document definisi harga mesin absensi sidik1710


Related keywords