This PDF 1.4 document has been generated by Adobe Illustrator CS5.1 / Adobe PDF library 9.90, and has been sent on pdf-archive.com on 13/05/2016 at 14:39, from IP address 203.142.x.x.
The current document download page has been viewed 435 times.
File size: 376.54 KB (1 page).
Privacy: public file
Entry Form-Sabah
Cara-cara penyertaan:
1
BELI
mana-mana produk
JOHNSON’S® Baby
bernilai
sekurang-kurangnya
RM15 dalam satu
resit sebagai Bukti
Pembelian.
2
3
AMBIL GAMBAR
anak bersama keluarga anda
memakai pakaian tradisional,
meraikan Pesta Menuai dalam
cara yang paling kreatif. Gambar
yang perlu diambil MESTILAH
bewarna dan tidak lebih
daripada 2 bulan sebelum 1 Mei
2016 dan dicetak dalam saiz 3R
atau 4R.
LENGKAPKAN
borang penyertaan ini, sertakan
gambar anda, 1 Bukti Pembelian
dan hantarkan ke alamat berikut:
PERADUAN KELUARGA SI MANJA &
JOHNSON’S® SAMBUT MUSIM
MENUAI-SABAH
C/O OMNITEAM SDN BHD
PETI SURAT 8820,
PEJABAT POS KELANA JAYA,
46798 PETALING JAYA.
Butiran Anak :
Nama Anak :
Tarikh Lahir (HH/BB/TT) :
Tarikh gambar diambil (HH/BB/TT) :
(yang dilahirkan sebelum 30 April 2015)
(tidak lebih daripada 2 bulan sebelum 1 Mei 2016)
Butiran Ibubapa / penjaga sah :
Nama seperti dalam MyKad (En/Puan/Cik):
Tarikh Lahir (HH/BB/TT) :
E-mel :
Telefon Rumah :
Telefon Bimbit :
Alamat surat-menyurat :
, Sabah.
Notis Privasi: Kami mengumpulkan maklumat peribadi anda, secara khususnya, nama, alamat dan butiran hubungan anda, untuk membolehkan anda menyertai Peraduan ini
dan untuk tujuan pentadbiran yang berkaitan. Jika anda tidak memberi kami maklumat ini, anda tidak dapat menyertai Peraduan ini. Tertakluk kepada beberapa pengecualian
yang dibenarkan di bawah undang-undang, anda boleh mendapatkan akses kepada maklumat peribadi anda yang berada dalam simpanan kami. Jika akses tidak diberikan,
sebab akan dinyatakan. Maklumat peribadi anda akan dimusnahkan dengan sempurna selepas tempoh penyimpanan berkanun atau tempoh lain luput.
Syarat & Peraturan:
Kelayakan: 1. Peraduan Peraduan Keluarga Si Manja & Johnson’s® Sambut Musim Menuai (“Peraduan”) akan dikendalikan menurut terma dan syarat ini dan peserta bersetuju bahawa mereka telah membaca dan memahami terma dan syarat ini dan terikat kepadanya.
Penyertaan adalah secara sukarela sepenuhnya. 2. Penganjur Peraduan ini ialah Johnson & Johnson Sdn. Bhd., dengan pejabat berdaftar di Tingkat 8, The Pinnacle, Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (“Penganjur”). 3.
Peraduan ini terbuka kepada penduduk Sabah, berumur 18 dan ke atas pada 1 Mei 2016, yang merupakan ibu bapa atau penjaga sah kepada kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas, iaitu kanak-kanak yang dilahirkan sebelum 30 April 2015. Peraduan ini tidak terbuka
kepada kakitangan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., syarikat bersekutu dan/atau berkaitan, pengedar dan agensi pengiklanan mereka serta keluarga terdekat masing-masing. 4. Peraduan bermula pada 1 Mei 2016. Tarikh tutup penyertaan ialah 4 Jun 2016. Penyertaan akan
diterima sehingga jam 11.59 malam pada 4 Jun 2016. Penyertaan yang diterima sebelum Tarikh Mula atau selepas Tarikh Tutup tidak akan diterima. Tempoh: 1. Peraduan akan diadakan dari 1 Mei 2016 hingga 4 Jun 2016. Penghantaran Penyertaan & Kriteria Kelayakan:
1. Cara untuk menghantar penyertaan anda: a. Bukti pembelian, dalam bentuk satu resit pembelian produk Bayi Johnson’s® bernilai sekurang-kurangnya RM15 dari 1 Mei 2016 hingga 4 Jun 2016 (“Bukti Pembelian”), diperlukan untuk menghantar Penyertaan. b. Peserta mesti
mengisi butir-butir peribadi yang dikehendaki dengan lengkap dalam borang penyertaan Peraduan. c. Ambil gambar berwarna kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas bersama ahli keluarga yang berpakaian tradisional sedang merayakan Pesta Menuai dalam gaya paling
kreatif (“Gambar”). Gambar mesti diambil tidak lebih daripada 2 bulan sebelum 1 Mei 2016 dan dicetak dalam saiz 3R atau 4R. d. Peserta boleh menghantar seberapa banyak Penyertaan yang diingini untuk anak yang sama. 2. Nama dan umur anak yang disertakan dalam
Peraduan ini, serta nama, kampung/bandar raya dan alamat emel ibu bapa atau penjaga sah anak mesti disertakan dengan Penyertaan. Semua butir-butir peribadi yang dikemukakan mestilah tepat dan lengkap. Sebarang maklumat tidak tepat atau tidak lengkap yang terdapat
dalam Penyertaan akan mengakibatkan pembatalan daripada Peraduan dan/atau pembatalan sebarang Hadiah. 3. Peserta hendaklah menghantar Penyertaan mereka yang lengkap melalui kiriman pos biasa ke Peraduan Keluarga Si Manja & Johnson’s® Sambut Musim Menuai
Sabah, c/o: Omniteam Sdn Bhd, Peti Surat 8820, Pejabat Pos Kelana Jaya, 46798 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Hanya Penyertaan melalui kiriman pos biasa ke alamat Peraduan akan diterima. Penyertaan yang dihantar melalui perkhidmatan kurier, penghantaran
ekspres, surat berdaftar dan/atau cara penghantaran lain akan dibatalkan secara automatik. 4. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kiriman pos yang tidak diterima disebabkan kekurangan bayaran pos atau alamat tidak betul. Bukti pos Penyertaan
tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Penganjur. Penganjur tidak akan menghantar sebarang perakuan penerimaan Penyertaan. 5. Penyertaan untuk Peraduan ini hanya boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga sah anak yang dipaparkan dalam gambar.
Sekiranya anda menghantar Penyertaan bukan dengan gambar anak anda sendiri, Penyertaan akan dibatalkan. 6. Dengan menyertai Peraduan dan menghantar Penyertaan, peserta mengesahkan bahawa Penyertaan ini adalah Penyertaan mereka sendiri. 7. Penganjur atas
budi bicara mutlaknya akan membatalkan daripada Peraduan ini sebarang Penyertaan yang dianggap tidak wajar atau tidak sesuai untuk Peraduan. Penyertaan tidak wajar dan tidak sesuai termasuk, tetapi tidak terbatas kepada: - pornografi - berunsur politik atau propaganda
- Penyertaan berunsur lucah, seksual, memalukan, tidak sopan atau tidak senonoh - bogel - Penyertaan yang menunjukkan nombor pendaftaran kereta, nombor telefon atau alamat peribadi - menghina mana-mana kumpulan etnik, kaum, jantina atau agama - sebarang bahan
pihak ketiga yang boleh mencemari atau mencabuli (atau boleh melanggar) hak cipta, tanda perdagangan, logo, tanda yang mengenal pasti jenama atau hak milik mana-mana orang yang masih hidup atau sudah meninggal dunia (termasuk tetapi tidak terhad kepada hak
privasi atau publisiti atau gambaran palsu) atau entiti, atau tidak menyenangkan. - sebarang Penyertaan yang melanggar atau mencabuli hak orang lain atau undang-undang. - sebarang kandungan atau persembahan yang telah disiarkan atau dipaparkan, diterbitkan atau
disiarkan di televisyen atau sebagai sebahagian daripada rakaman filem atau program televisyen. - Penyertaan yang memfitnah atau melanggar hak publisiti atau hak privasi mana-mana orang, yang masih hidup atau sudah meninggal dunia, atau mencabuli hak peribadi atau
hak milik mana-mana orang. - Penyertaan yang memaparkan Kejadian Buruk berkaitan penggunaan produk, ubat atau peranti Penganjur, atau Syarikat Bersekutunya. - Penyertaan yang memaparkan penggunaan tidak seperti disyorkan produk, ubat atau peranti Penganjur,
atau Syarikat Bersekutunya. - Penyertaan yang merupakan gambar profesional. Penyertaan yang menunjukkan pakaian atau objek lain yang dengan jelas memperlihatkan logo, lukisan, kartun, frasa, tanda dagangan atau bahan pihak ketiga lain. - Penyertaan dengan gambar
yang dirakamkan lebih daripada 2 bulan sebelum Tarikh Permulaan Peraduan. 8. Semua gambar yang dikemukakan tidak akan dikembalikan. Gambar semua pemenang hadiah tidak boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan atau iklan untuk produk bayi tanpa kelulusan
daripada Johnson & Johnson Sdn. Bhd. terlebih dahulu. 9. Proses Pemilihan Pemenang: a. Satu panel Pengadil akan ditubuhkan oleh Penganjur untuk memilih pemenang daripada semua gambar penyertaan layak yang diterima. b. Kriteria pengadilan adalah berdasarkan
daya usaha Peserta, rupa, gaya dan penampilan anak yang dipaparkan dalam gambar Penyertaan, kreativiti gambar, dan kerelevanannya kepada perayaan Pesta Menuai. Panel Pengadil akan memilih sepuluh (10) Penyertaan terbaik yang memperolehi jumlah markah paling
tinggi. c. Setiap peserta hanya boleh memenangi satu Hadiah sepanjang Tempoh Peraduan. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan pemenang yang terkandung di sini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih
dahulu. Keputusan panel pengadil adalah muktamad. Penganjur berhak untuk membuat pilihan muktamad pemenang dan surat-menyurat berkaitan dengan pemilihan pemenang Peraduan ini tidak akan dilayani. d. Pemenang akan diberitahu pada akhir Peraduan ini di mana
butir-butir tentang Majlis Penyampaian Hadiah dan syarat pengambilan Hadiah akan dimaklumkan. Pemenang mesti menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah untuk mengambil Hadiah. Kegagalan untuk hadir akan mengakibatkan Hadiah dibatalkan dan sebarang pertanyaan
selepas itu tidak akan dilayani. Hadiah: 1. Terdapat satu (1) Hadiah Utama, Hadiah Kedua, Hadiah Ketiga dan tujuh (7) Hadiah Sagu Hati untuk dimenangi sepanjang Tempoh Peraduan. 2. Peserta yang mendapat markah paling tinggi akan memenangi Hadiah Utama wang
tunai RM3000, Hamper barangan bayi Johnson’s bernilai RM200 dan paparan khas dalam akhbar tempatan. 3. Peserta yang mendapat markah kedua paling tinggi akan memenangi Hadiah Kedua wang tunai RM2000, Hamper barangan bayi Johnson’s bernilai RM200 dan
paparan khas dalam akhbar tempatan. 4. Peserta yang mendapat markah ketiga paling tinggi akan memenangi Hadiah Ketiga wang tunai RM1000, Hamper barangan bayi Johnson’s bernilai RM200 dan paparan khas dalam akhbar tempatan. 5. Setiap seorang daripada tujuh
(7) Peserta yang mendapat markah keempat hingga kesepuluh paling tinggi akan memenangi Hadiah Sagu Hati berupa Hamper barangan bayi Johnson’s bernilai RM100. 6. Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukarkan untuk tunai.
Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan Hadiah atau mana-mana komponen Hadiah sekiranya Pemenang terpilih gagal mematuhi mana-mana peraturan dan/atau undang-undang yang berkuat kuasa atas apa jua sebab. 7. Penganjur berhak untuk
menarik balik Hadiah sekiranya pemenang terpilih gagal mematuhi terma dan syarat Peraduan dan/atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa atas apa jua sebab. 8. Semua pemenang akan diminta menunjukkan pengenalan apabila mereka mengutip hadiah.
Penganjur berhak secara mutlak untuk menahan hadiah tanpa liabiliti jika pada pendapatnya pemenang tidak layak, dibatalkan, penyertaannya tidak sah dan pemenang tidak memenuhi keperluan sewajarnya yang ditetapkan di dalam terma dan syarat ini. 9. Pemenang mungkin
dikehendaki memberikan perakuan penerimaan segala terma dan syarat Peraduan secara bertulis semasa sesi pengadilan, dan juga perakuan penerimaan hadiah secara bertulis. 10. Pemenang bertanggungjawab terhadap semua cukai dan perbelanjaan berkaitan yang tidak
dinyatakan dalam keterangan hadiah. 11. Sekiranya Penganjur tidak dapat menghubungi Pemenang dalam jangka waktu yang munasabah atas apa jua sebab, Penganjur berhak untuk membatalkan Hadiah untuk Pemenang tersebut dan memilih seorang pemenang lain. 12.
Penganjur berhak untuk memilih Pemenang alternatif sekiranya Penganjur mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa Pemenang terpilih telah melanggar sebarang terma dan syarat. Liabiliti dan Tanggungjawab: 1. Semua kos sampingan yang dikaitkan
dengan penerimaan atau penggunaan Hadiah, sama ada secara langsung, atau tidak langsung, termasuk tetapi tidak terhad kepada caj, perbelanjaan, cukai, kos, pengangkutan, makanan, insurans, visa, dll, adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya. 2. Penganjur dan
entitinya tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung liabiliti bagi apa-apa kemalangan, bahaya, kerosakan, kerugian (termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian tidak langsung atau berturutan) atau caj, kecederaan, keadaan tidak diduga dan sebarang kesulitan atau
apa-apa liabiliti lain dalam apa jua bentuk yang timbul menerusi penyertaan dalam Peraduan ini atau berhubung dengan penunaian sebarang hadiah, atau bagi sebarang perubahan tarikh atau masa atau pembatalan yang mungkin menyebabkan pemenang terpilih tidak dapat
mengambil hadiah asal yang ditawarkan atau mana-mana bahagian hadiah, atau bagi hadiah yang hilang atau dicuri. 3. Peserta melepaskan Penganjur serta bahagian, syarikat bersekutu, anak syarikat, cawangan, pengarah, pegawai, kakitangan dan ejennya dan juga pihak
lain yang dikaitkan dengan penganjuran dan pelaksanaan Peraduan ini, daripada dan terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau dalam apa jua cara timbul daripada Peraduan dan pemberian dan penggunaan, salah guna atau pemilikan hadiah, termasuk sebarang liabiliti
bagi kecederaan peribadi atau kematian kecuali yang dilarang atau disekat di bawah undang-undang. Hak Penganjur: 1. Penganjur berhak untuk menarik balik atau meminda Peraduan ini sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan munasabahnya. 2. Hadiah tidak boleh
dipindah milik, tidak boleh dipulangkan dan tidak boleh ditukarkan untuk tunai. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan Hadiah atau mana-mana komponen Hadiah. 3. Penganjur berhak untuk menarik balik Hadiah sekiranya pemenang terpilih gagal
mematuhi terma dan syarat Peraduan dan/atau mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa atas apa jua sebab. 4. Penerimaan Hadiah menandakan kebenaran kepada Penganjur dan agensi untuk menggunakan Pemenang; nama dan/atau gambarnya untuk tujuan
publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang pampasan atau notis selanjutnya. Semua penyertaan menjadi hak milik Penganjur, yang boleh menggunakan nama dan/atau gambar Pemenang untuk aktiviti promosi dan pemasaran masa depan. 5. Dengan
menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk terikat kepada terma dan syarat rasmi dan keputusan Penganjur. 6. Penganjur berhak untuk meminda, membatalkan atau memansuhkan terma peraduan tanpa sebarang notis. Keputusan penganjur dan pengadil dalam apa-apa
hal berkaitan peraduan adalah muktamad bagi segala aspek peraduan, termasuk penentuan pemenang dan pemilihan gambar yang boleh dipaparkan di majalah atau dalam sebarang bentuk. Tiada sebarang pertikaian terhadap keputusan pemilihan pemenang akan dilayan.
7. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun bagi penyertaan yang hilang, lewat, disalah hantar, rosak atau tidak dihantar. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak boleh dibaca akan dibatalkan. 8. Keputusan pengadil adalah muktamad dan
tiada surat-menyurat akan dilayan. 9. Syarat dan Peraturan Peraduan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan, versi Bahasa Inggeris Syarat dan Peraturan Peraduan hendaklah diguna pakai. Hubungi Kami: 1. Untuk sebarang
pertanyaan, atau untuk memberikan maklumat terkini yang diperlukan tentang butiran peribadi anda, sila hubungi talian terus kami di 1300-30-4884 (Isnin hingga Jumaat 10 pg hingga 1 ptg, 2 ptg hingga 5ptg).
PERADUAN SI MANJA EF-Back(SBH)FA.pdf (PDF, 376.54 KB)
Use the permanent link to the download page to share your document on Facebook, Twitter, LinkedIn, or directly with a contact by e-Mail, Messenger, Whatsapp, Line..
Use the short link to share your document on Twitter or by text message (SMS)
Copy the following HTML code to share your document on a Website or Blog