ZODIAC (PDF)




File information


Author: Azure

This PDF 1.5 document has been generated by Microsoft® Word 2010, and has been sent on pdf-archive.com on 12/10/2016 at 03:11, from IP address 110.159.x.x. The current document download page has been viewed 473 times.
File size: 205.6 KB (22 pages).
Privacy: public file
















File preview


CAPRICORN : YANG POSESIF ( 21 Disember - 19 Januari )

Ciri Positif

Orang dilahirkan pada tarikh di antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah
zodiak Capricorn , yang berlambang kambing.Capricorn mengutamakan kejayaan , status ,kedudukan,
reputasi , kesetiaan, penumpuan , di samping berkebolehan menyelesaikan masalah ,
bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan , dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Capricorn bersikap memandang buruk (pesimis ), selalu
terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada
dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi

Capricorn termasuk dalam kategori kardinal , iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk
memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain
Capricorn , ialah Aries,Cancer dan Libra.

Gelagat Perhubungan

Dalam pergaulan , orang yang berkelahiran Capricorn agak posesif (mengongkong ). Dalam pergaulan
yang membuahkan cinta , anda sering mencemburui si dia tanpa sebab. Sifat begini menyebabkan
perangai anda sulit untuk dimengerti dan anda kekadang semacam kebudak - budakkan.Untuk
mengatasi masalah ini , seseorang yang berkeperibadian dewasa , mesra dan penuh pengertian
adalah pendamping yang sesuai bagi Capricorn.

Orang yang di bawah naungan Aries ( 21 Mac - 20 April ) , Taurus ( 21 April - 20 Mei) atau Libra ( 23
September - 22 Oktober ) memang sesuai bagi Capricorn. Sikap Aries yang penuh perhatian dapat
mendamaikan hati Capricorn . Bersamanya, anda (Capricorn) akan berasa diperlukan dan disayangi.
Taurus yang tenang juga tepat bagi Capricorn. Sikap Taurus yang kerap melindungi dan jujur ,
memang anda perlukan. Berpasangan dengan Libra yang bijaksana pula, akan membahagiakan
Capricorn. Libra sangat
berhati - hati dalam tutur kata sehingga perasaan anda yang sensitif , tidak akan terluka.

Sebaliknya, Hubungan Capricorn dengan Aquarius ( 21 Januari – 18 Febuari ) atau Gemini ( 21 Mei -

20 Jun ) dianggap kurang sesuai. Ini kerana hubungan Capricorn - Aquarius bukanlah hubungan yang
ideal. Tetapi anda (Capricorn) jangan risau. Sikap anda yang sukakan praktis dapat mengatasi hal
tersebut. Ini berlaku demikian kerana Aquarius memiliki pandangan yang luas apabila rasa cemburu
anda sedang meluap-luap.

Manakala sifat Gemini , yang sukar dipegang, bukanlah mempesonakan anda yang berlambang
Capricorn. Tidak mudah bagi anda yang mudah cemburu mendampingi perilakunya yang sering
berubah - ubah. Namun begitu, hidup bersama-sama Gemini tidak akan ada ketegangan lantaran dia
suka berpesta, berteman banyak dan berseronok - seronok.

Kerjaya dan Kewangan

Capricorn memang bercita - cita mencari kekuasaan dalam kerjaya sehingga anda bersedia bekerja
dengan tekun . Capricorn ditakdirkan menjadi pengurus dan pentadbir yang baik. Diibaratkan
berpasangan dengan Leo, kalau Leo sangat baik menjadi raja atau permaisuri, Capricorn sangat
sesuai menjadi perdana menteri.

Kejayaan Capricorn dalam usaha mengatasi masalah dan risiko akhirnya menjadikan anda berjaya
mendapat faedah dari segi kewangan. Sikap rajin bekerja anda juga menyebabkan ketua dan rakan
seorganisasi menghormati anda. Dari segi kewangan juga Capricorn pada umumnya memperolehi
harta dan mampu membelanjakan harta itu pada jalan yang wajar. Anda misalnya tidak gemar
bersikap boros atau membelanjakan wang ringgit untuk tujuan perjudian atau pelaburan yang belum
pasti untung ruginya.

Keluarga dan Rumah Tangga

Rumah kelahiran Capricorn biasanya kemas dan tersusun. Cara anda menguruskan rumah tangga
sama dengan cara anda mengurus kerjaya. Capricorn bijak menguruskan anak - anak dan serius
dengan peraturan yang sewajarnya dipatuhi mereka. Pastinya Capricorn berbangga menjadi ibu atau
bapa.

AQUARIUS : YANG RASIONAL ( 20 Januari - 18 Febuari )

Ciri Positif

Orang dilahirkan pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak
Aquarius, berlambang gelombang ( alur air ). Aquarius meminati pengembaraan, berjiwa
kemanusiaan , ingin tahu, bersikap spontan, progresif , persahabatan , hak asasi, berkumpulan, dan
manfaat manusia.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun, ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka
membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang
kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi

Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan
kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil.
Lambang - lambang dalam kategori tetap ini selain Aquarius ialah Taurus, Leo, dan Scorpio.

Gelagat Perhubungan

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda
memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk
badan. Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang
pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ratu
dapur. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !

Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries ( 21 Mac - 20 April ) dan Gemini ( 21
Mei - 20 Jun ). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan
Capricorn ( 21 Disember - 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos - 22 September ).

Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk
menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang
terbuka. Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.

Oleh sebab Aquarius bersikap dingin, anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya
tertutup. Namun begitu, anda berdua sama - sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda
mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila
berpasangan dengan Virgo yang serius.

Kerjaya dan Kewangan

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama.
Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekretifan
dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan
organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat
kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan
kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda
biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan
atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau
orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata - mata.

Keluarga dan Rumah Tangga

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun ,
anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan. Demi keharmonian
rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kualiti. Di samping
mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan
keluarga.

PISCES : YANG SENSITIF ( 19 Febuari - 20 Mac )

Ciri Positif

Orang dilahirkan pada tarikh diantara 19 Febuari - 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces
, yang berlambangkan ikan. Pisces mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja , sentiasa mencari
ilham , memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, agama .
bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun, ada kalanya Pisces berasa keliru , bersalah , mudah mengaku kalah - diri ,
kecewa , bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi

Pisces termasuk dalam kategori berubah - ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan , daya
penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah - ubah ini, anda adalah kreatif
walaupun tidak selalunya praktikal. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori berubah –
ubah ini selain Pisces ialah Gemini , Virgo dan Sagittarius.

Gelagat Perhubungan

Dalam pergaulan , cita rasa Pisces mudah berubah - ubah. Ini mungkin membingungkan orang
sekitarnya. Pisces seorang sensitif ! Tersinggung sedikit cepat menanggis. Anda mudah cemburu
tetapi anda hangat dan romantik. Anda akan berusaha menyenangkan kawan atau kekasih. Pisces
suka pada pujian dan mengharapkan ungkapan cinta daripada kekasih. Justeru itu, seseorang yang
berkeperibadian kuat adalah pendamping yang tepat untuk anda.

Taurus ( 21 April - 20 Mei ) yang pendiam tetapi mantap, sesuai untuk Pisces. Sikap Taurus yang
dewasa, bersikap melindungi , akan mententeramkan hati Pisces yang sensitif ini. Cancer ( 21 Jun 20 Julai ) yang matang dan gemar melindungi, juga diidamkan Pisces.Pasangan Cancer dan Pisces
akan senada seirama lantaran kedua - duanya sama – sama berpandangan kolot.

Sebaliknya, Aries ( 21 Mac - 20 April ) bukan teman yang tepat untuk Pisces. Lagak cakap Aries yang
terlalu becok menyukarkan anda yang sensitif. Aries juga banyak meminta - minta buat anda. Gemini
( 21 Mei - 20 Jun ) juga bukan ideal anda. Sifatnya yang pembosan dan kerap berubah - ubah boleh
menyebabkan anda tersinggung.

Kerjaya dan Kewangan

Kelahiran Pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai. Kerjaya yang banyak cabaran juga
bermaksud anda perlu banyak belajar, merantau , dan menimba pengalaman di mana - mana. Sikap
penyayang menjadikan kerjaya kelahiran Pisces sebagai doktor, jururawat atau guru.

Walaupun kerjaya anda memang menjamin pendapatan yang cukup lumayan tetapi wang bukanlah
segala - galanya. Pisces cenderung menjadi pemurah jika mempunyai lebihan wang untuk diri dan
keluarga.

Keluarga dan Rumah Tangga

Dalam kehidupan keluarga dan rumah tangga kelahiran Pisces ini perlu melakukan lebih banyak
komunikasi lisan. Anda tidak suka dikongkong, sebaliknya inginkan kebebasan. Pertukaran idea dan
pendapat yang tidak emosional dan tenang, memanfaatkan orang lain. Pisces menggemari
persekitaran rumah tangga yang mampu membuahkan kepentingan intelek dan minda.

Pisces suka melayan jiran sebagai keluarga. Keseluruhannya, demi keharmonian diri, keluarga dan
jiran, anda perlukan keseimbangan antara layanan emosi dan layanan intelektual, atau antara
keluarga dengan jiran.

ARIES : YANG PENUH DAYA TARIKAN ( 21 Mac - 20 April )

Ciri Positif

Orang yang dilahirkan pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak
Aries, yang berlambang Biri - biri Jantan. Dengan yang demikian , anda seorang yang berani, yakin,
inisiatif, mengutamakan tindakan , ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan
pencipta nasib.

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Aries ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri,
gemar menimbulkan permusuhan , agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.

Kualiti Astrologi

Aries termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik dalam
memulakan setiap projek baru. Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori aktif ini selain
Aries , ialah Cancer, Libra dan Capricorn.

Gelagat Perhubungan

Aries punya daya pesona yang tinggi. Dalam pergaulan , anda kelihatan lincah, pintar,
berkeperibadian kuat dan teman bual yang mengasyikan.Taurus ( 21 April - 20 Mei ) , Gemini ( 21 Mei
- 20 Jun ) dan Aquarius ( 20 Januari - 18 Febuari ) adalah kekasih yang tepat bagi Aries. Sebaliknya,
anda perlu berhati - hati apabila berkasih dengan Capricorn ( 21 Disember - 19 Januari ) atau Cancer
( 21 Jun - 20 Julai ).Taurus yang matang adalah pendamping yang tepat bagi Aries .

Dengan sikapnya yang tenang ; Taurus yang berlambang Lembu Jantan , mampu menundukkan Biri biri Jantan (Aries ) yang tidak mahu duduk diam. Gemini juga boleh menjadi kekasih yang ideal bagi
Aries .Kebetulan Gemini dan Aries mempunyai banyak persamaan, iaitu aktif , cerdas dan bijak.
Dengan kematangannya , Aries boleh mengendali kekurangan Gemini. Di samping Aquarius , Aries
mampu mengecapi bahagia. Aries tidak mempersoalkan sifat kekasih yang romantik seperti Aquarius.
Sebaliknya kecerdasan Aquarius menjadi daya tarikan yang kuat buat Aries.

Capricorn bukan pula pasangan yang ideal bagi Aries yang aktif dan terbuka. Sifat Capricorn yang
konservatif dan tertutup boleh membosankan anda . Namun , Capricorn setia orangnya ! Sebaliknya ,
anda sukar berdamping dengan Cancer yang sensitif. Apabila anda tersalah cakap , Cancer mungkin
murung berterusan. Walau bagaimana pun , Cancer jujur dan pelindung orangnya.

Kerjaya dan Kewangan

Kelahiran berlambang Aries ini sentiasa bercita - cita merintis kerjaya sendiri daripada hanya bekerja
dengan majikan. Walau bagaimana pun , Aries jarang menyelesaikan projek hingga ke penghasilan
yang memuaskan ! Namun , pada jangka pendek , tiada siapa yang mampu mengatasi daya rintis
Aries.Lantaran itu , supaya berhasil ke puncak kerjaya , orang Aries perlu memperbaiki kualiti
pengurusan dan pentadbiran pada jangka panjang.

Pada umumnya , Aries mementingkan tindakan , dan pemantauan daripada mencari dan
mengumpulkan wang semata - mata.Orang yang kelahiran Aries biasanya pekerja yang kuat dan rajin
dan anda mampu memperolehi banyak wang kerana kekuatan tenaga dan pemikiran.

Keluarga dan Rumah Tangga

Orang yang berlambang Aries adalah raja dalam rumah ( bos ) ! Lelaki Aries akan menyerahkan tugas
hal - ehwal dalam rumah tangga kepada pihak perempuan ( isterinya ). Manakala perempuan Aries
pula akan cenderunguntuk memerintah ! Aries gemarkan keluarga yang besar dan memerlukan
peranan setiap ahli keluarganya . Dalam hal ini , Aries adalah orang keluarga yang baik walaupun
anda tidak semestinya suka terperap ( terpenyap ) di dalam rumah ! Aries sukakan kanak - kanak dan
sebenarnya lembut dan mesra dengan pasangannya. Pada keseluruhannya , Aries suka pulang ke
rumah setelah bekerja lama dan kuat di luar rumah.

TAURUS : YANG SETIA ( 21 April - 20 Mei )

Ciri Positif

Orang dilahirkan pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak
Taurus , yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian , Taurus mengutamakan kekayaan ,
ketinggian rohaniah , kuat daya rasa , kesetiaan , gemar berjalan-jalan, kesuburan , terlalu praktis ,
murah rezeki dan ketabahan .

Ciri Negatif

Walau bagaimana pun , ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan , terlalu mengongkong, keras
hati , suka menurut rasa hati dan buntu fikiran .

Kualiti Astrologi

Taurus termasuk dalam kategori tetap , iaitu mempunyai daya kestabilan , daya ketabahan, daya
ketahanan dan daya kesempurnaan. Anda sebenarnya sentiasa baik atau menjadi dalam usaha
melancar atau menyelesaikan pekerjaan.Lambang - lambang yang termasuk dalam kategori tetap
selain Taurus ialah Leo , Scorpio dan Aquarius.

Gelagat Perhubungan

Taurus sangat berhati - hati memilih kawan , sahabat lebih - lebih lagi kekasih , sehingga menjadi
seorang yang sangat pemilih. Walau bagaimanapun , sebaik - baik sahaja mendapat pendamping

yang serasi , Taurus akan menjaga perhubungan itu supaya tetap berpanjangan.Taurus mudah mesra
, setia pada kekasih , bersikap melindungi , tetapi sifat ini juga bermakna mengongkong. Taurus suka
tinggal di rumah , suka menghabiskan masa bersama keluarga daripada berpeleseran.

Pendamping yang diidamkan Taurus adalah seorang yang setia dan memberi perhatian penuh
padanya . Ini bermakna Taurus sangat bergantung pada pasangannya.Cancer ( 21 Jun - 20 Julai ) dan
Virgo ( 22 Ogos - 22 September) adalah pasangan yang ideal bagi Taurus . Walau bagaimana pun,
Taurus perlu berhati - hati apabila berpasangan dengan Aries ( 21 Mac - 20 April) atau Gemini ( 21
Mei - 20 Jun). Cancer memang pendamping tepat bagi Taurus . Keperibadian Cancer yang matang
dan tidak berubah - ubah sesuai dengan cita rasa Taurus . Lagi pun , Cancer mempunyai pandangan
yang konservatif ( kolot ) seperti anda. Sikap Virgo yang tenang dan agak kolot juga sesuai bagi
Taurus.

Pasangan Taurus - Aries mungkin tidak sesuai . Ini kerana , Aries bercita - cita tinggi, lincah dan
terbuka berbanding dengan Taurusyang tenang tetapi matang .Gemini juga bukan pasangan ideal
bagi Taurus . Sifat Gemini yang mudah berubah - ubah boleh menyebabkan Taurus mudah berasa
kecewa.

Kerjaya dan Kewangan

Dalam hal pekerjaan , Taurus sangat rajin , tekun , cermat , cerewet , kreatif dan mementingkan
deadline; ( tempoh siap ). Semua ciri ini menguntungkan sebarang majikan atau organisasi. Namun ,
Taurus sangat inginkan bosnya serajin dan sekreatif seperti dirinya.Anda menghormati orang
mempunyai kesedaran meluas dalam hal ehwal kemasyarakatan dan politik.

Dalam perniagaan Taurus cukup pintar atau licik . Anda tidak pernah bersikap malas , tetapi berasa
seronok bekerja dan mengharapkan hasil yang memuaskan Taurus kurang gemar menanggung risiko
yang tidak perlu dan dengan yang demikian anda berhasil menduduki taraf ketua seperti pengurus
atau penyelia.

Kemahiran pengurusan diperkukuh oleh bakat semula jadi Taurus pada pengurusan dan pengendalian
yang terperinci dengan penuh kesabaran dan keterlibatan.Taurus juga mampu memperlihatkan hasil
yang baik dalam perkebunan dan pertanian. Secara umumnya , orang Taurus akan memilih wang
ringgit dan kekuasaan daripada prestij atau pengiktirafan orang awam Justeru itu , Taurus hanya akan
mengejar prestij dan kemegahan sekiranya ia dapat memberi kesan langsung kepada wang ringgitnya
!

Kekayaan bagi Taurus , adalah kesenangan dan keselamatan . Kekayaan adalah kestabilan . Dan
Taurus hanya akan berasa mempunyai kekayaan kalau dia dapat melihat dan merasanya!
Sehubungan dengan itu , Taurus cemerlang dalam agensi perladangan dan pertanian. Dalam usaha
mencapai tujuan ini , Taurus perlu mengembangkan kebolehan intelektual dan komunikasi. Namun ,






Download ZODIAC



ZODIAC.pdf (PDF, 205.6 KB)


Download PDF







Share this file on social networks



     





Link to this page



Permanent link

Use the permanent link to the download page to share your document on Facebook, Twitter, LinkedIn, or directly with a contact by e-Mail, Messenger, Whatsapp, Line..




Short link

Use the short link to share your document on Twitter or by text message (SMS)




HTML Code

Copy the following HTML code to share your document on a Website or Blog




QR Code to this page


QR Code link to PDF file ZODIAC.pdf






This file has been shared publicly by a user of PDF Archive.
Document ID: 0000493467.
Report illicit content