PDF Archive

Easily share your PDF documents with your contacts, on the Web and Social Networks.

Share a file Manage my documents Convert Recover PDF Search Help Contact



Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu Dexter Harto K .pdf



Original filename: Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu - Dexter Harto K.pdf

This PDF 1.4 document has been generated by Online2PDF.com, and has been sent on pdf-archive.com on 16/11/2016 at 18:38, from IP address 103.47.x.x. The current document download page has been viewed 1277 times.
File size: 94 KB (4 pages).
Privacy: public file




Download original PDF file









Document preview


Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Pengenalan

Untuk mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu
orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti
Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar
belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno.Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal
daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang
kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah
Asia Tenggara.

Asal Usul Bangsa Melayu

Asal usul bangsa melayu merupakan sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan
untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum dicapai.secara amnya terdapat 2 teori
mengenai asal usul bangsa melayu iaitu (a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa
Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa orang
minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan
Palembang,semasa banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga
Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperi (a) Kapak Tua yang
mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk
dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu; (b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam
(berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar); (c) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di
kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri sungai
Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran
Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum,contohnya dalam buku Teks Pengajian
Malaysia adapun menyatakan ”nenek moyang” orang melayu itu berasal dari Yunnan

Berdasarkan teori ini.dikatakan orang melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang
yang utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.

Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira
dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro.
Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka
ini menyebabkan orang-orang Melayu-Proto seperti orang-orangJakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan
beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan
masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.

Orang Negrito

Orang Neggrito merupakan penduduk paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai berasal daripada golongan
Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua
Cha,Kelantan.daripada orang Negrito telah diperturunkan orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit
gelap,berambut

kerinting,bermata

bundar,berhidung

lebar,berbibir

penuh,serta

saiz

badan

yang

pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera

Menurut pendapat asmah haji omar sebelum perpindahan penduduk dari asia berlaku,kepuluan melayu (Nusantara)
ini telah ada penghuninya yang kemudian di namai sebagai penduduk asli,ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa
mereka yang tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini dikenali sebagai orang Negrito.orang Negrito ini
diperkirakan telah ada sejak tahun 8000 SM (sebelum masihi ).mereka tinggal di dalam gua dan mata pencarian
mereka memburu binatang.Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu dan zaman ini di sebut sebagai zaman
Batu pertengahan.Di kedah sebagai contoh,pada tahun 5000 SM,iaitu pada zaman paleolit dan mesolit,telah didiami
oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negerito,Sakai,Semai dan sebagainya

Melayu Proto

Asal yang kedua ialah Melayu-Proto,Berdasarkan pendapat yang mengatakan bahawa orang melayu ini berasal dari
Asia Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500 SM,mereka ini kemudian dinamai
sebagai Melayu-Proto,peradaban orang melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayuproto telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat perhiasan kehidupan mereka
berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik atau Zaman Batu Baru.Terdapat satu lagi persamaan antara
Melayu Proto dimana dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau yang di
kenali sebagai Pinang,Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan tetapi tidak pandai berenang

Melayu Deutro

Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu Deutro.perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari
daerah Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.mereka dinamai Melayu-Deutro dan telah mempunyai
peradaban yang lebih maju daripada melayu proto.Melayu-Deutro telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah
menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup di
tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini. Kedatangan orang melayu-Deutro ini dengan
sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka
yang berpindah randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu deutro ini hidup secara berkelompok dan tinggal
menetap di sesuatu tempat.mereka yang tinggal tepi pantai hidup sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan
kampung berhampiran sungai dan lembah yang subur.hidup mereka sebagai petani dan memburu binatang.orang
melayu deutro ini telah pandai bermasyarakat,mereka biasanya memilih seorang ketua yang tugasnya sebagai ketua
pemerintahan dan sekaligus ketua agama,Agama yang mereka anuti itu ialah animisme.

Keturunannya orang Melayu di MalaysiaDikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.Bijak dalam
bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.Menduduki
kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini

Teori Nusantara

Teori ini disoking oleh sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys
Keraf.Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah
1.

Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi

2.

Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama.pekara ini

menunjukan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara
3.

K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa

4.

Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.baginya

5.

Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena ” ambilan ”

6.

Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di pulau jawa.penemuan

manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan orang melayu itu keturunan daripada
manusia kuno tersebut yakni berasal daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian

7.

Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di

Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu

Dalam buku Sejarah Melayu disebut bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir
disekitar bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan pertama tiga orang raja
yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka
dan Johor), Minangkabau dan Tanjung Pura. Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya tulis yang paling
penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an.
Disusun sekitar tahun 1612 tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota kerajaan
Malaka menyebut diri mereka keturunan Melayu dari daerah Palembang. Seperti keluarga raja-raja di Negeri
Sembilan yaitu: Yang Dipertuan Ali Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir.
Pada waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera pilihan. Seiring dengan
berjalannya waktu definisi Melayu berdasarkan ras ini mulai ditinggalkan.

Definisi Melayu menjadi berdasarkan budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika,
tingkah laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mulai dianut didaerah Sumatera dan Semenanjung Malaka,
keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad ke-18,
William Marsden menyebutkan bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama
dengan sebutan bangsa Moor di India dalam artian ketaatannya terhadap agama Islam.


Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu - Dexter Harto K.pdf - page 1/4
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu - Dexter Harto K.pdf - page 2/4
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu - Dexter Harto K.pdf - page 3/4
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu - Dexter Harto K.pdf - page 4/4

Related documents


PDF Document sejarah asal usul bangsa melayu dexter harto k
PDF Document pdf dexter harto kesenian daerah aceh lengkap
PDF Document sejarah romawi dexter harto k
PDF Document surat kepada ketua pengarah jpn oleh haridas
PDF Document hut ri ke 68 kec pulau maya
PDF Document sejarah berdirinya negara amerika serikat dexter harto k


Related keywords