Surat Kepada Ketua Pengarah JPN OLeh Haridas (PDF)




File information


Author: User

This PDF 1.7 document has been generated by Microsoft® Word 2016, and has been sent on pdf-archive.com on 10/07/2017 at 12:48, from IP address 175.137.x.x. The current document download page has been viewed 1312 times.
File size: 275.53 KB (2 pages).
Privacy: public file










File preview


Haridas A/L Kolandavellu
Pengasas Defend People’s Rights Group (Kumpulan Mempertahankan Hak Rakyat)
No. K/P: 810605-05-5413
Alamat :201, Jalan BSS 1/3G,
Bandar Seremban Selatan,
71450, Sungai Gadut, N.S.D.K
H/P: 014-6403898
Kepada,
10hb Julai 2017
YBhg. Dato' Mohd Yazid bin Ramli
Ketua Pengarah Pendaftaran Negara,
Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara
Putrajaya, Kementerian Dalam Negeri,
No 20, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Dato,
1. Aduan Tentang Ketiadaan Maklumat Agama Dalam Sijil Kelahiran Bahru Bagi
Semua Warganegara Bukan Melayu Yang Lahir Sebelum 2004/2005.
2. Cadangan Saya Kepada JPN Bagi Mengatasi Masalah Ini Dengan Cara Yang Amat
Mudah.
Saya, Haridas A/L Kolandavellu seorang warganegara Malaysia yang cukup umur yang
berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mechatronic (robotik) di UTM,
Skudai pada tahun 2005. Saya juga adalah pengasas bagi ‘Defend People’s Rights Group’
dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengakui serta menyatakan seperti berikut: 1. Sebelum ini saya melihat beberapa rungutan beberapa orang bukan Melayu di sosial media
yang mengatakan, selepas mereka mendapat Sijil Kelahiran yang baru dari JPN didapati
maklumat agama pemohon & ibu-bapanya ditulis sebagai ‘Maklumat Tidak Diperolehi’.
Pada 7.7.2017 saya telah pergi ke JPN di Seremban dan telah memohon sijil kelahiran baru
dan saya telah mendapati masalah ini memang wujud. Oleh itu, saya telah menyoal selidik
perkara ini dengan beberapa pegawai JPN.
2. Saya difahamkan orang-orang yang keturunan Melayu tidak menghadapi masalah ini
kerana mengikut pegawai JPN semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam
dan oleh sebab orang Islam tidak boleh tukar ke agama lain maka JPN telah menjadikan
ruang agama dalam sijil kelahiran bagi semua orang Melayu dilabelkan sebagai Islam.
Selain itu, pegawai JPN juga akur bahawa dalam sistem Kad Pengenalan JPN mempunyai
maklumat agama bagi semua warganegara Malaysia. Apabila saya menanya kepada
beberapa pegawai JPN mengenai cara seseorang bukan Melayu yang menghadapi masalah
ini boleh menyelesaikan masalah ini? Pegawai JPN memberitahu saya, seseorang itu harus
hadir ke pejabat dan mengisi sebuah borang pindaan bagi mengemaskinikan status agama
diri dan ibu-bapanya di sistem Sijil Kelahiran.

3. Dengan ini, sudah tentu apabila Sijil Kelahiran dengan format baru dengan ruang agama
diperkenalkan, seorang programmer di JPN telah mengemaskinikan ‘source code’ yang
menjanakan Sijil Kelahiran supaya ruang agama bagi orang Melayu diisikan sebagai Islam.
Soalan saya adalah, mengapa programmer tersebut tidak menambahkan sedikit ‘code’ lagi,
bagi mendapatkan maklumat agama orang bukan Melayu di database sistem Kad
Pengenalan JPN yang mempunyai maklumat agama kami (orang bukan Melayu)? Oleh
sebab yang demikian, bagi isu ini saya mempunyai 3 tuduhan terhadap JPN seperti yang
berikut:i)

ii)

iii)

Kenyataan ‘maklumat agama tidak diperolehi’ adalah suatu penipuan oleh pihak
JPN kepada orang bukan Melayu kerana JPN memang mempunyai maklumat
agama kami dalam sistem Kad Pengenalan JPN.
JPN telah menzalimi orang bukan Melayu dengan memaksa rakyat bukan Melayu
untuk datang ke pejabat untuk mengemaskinikan status agama kami sedangkan JPN
telah pun mempunyai maklumat agama kami.
JPN telah menghina semua orang bukan Melayu dengan memandang remeh agama
kami dengan tidak tulis agama kami dalam Sijil Kelahiran kami walaupun JPN
mempunyai maklumat agama kami.

4. Dengan itu, saya mencadangkan kepada JPN, sila mengarahkan pakar-pakar IT di JPN agar

menambahkan sedikit ‘code’ yang mendapat maklumat agama bagi orang bukan Melayu
dari database sistem Kad Pengenalan sebelum menjanakan Sijil Kelahiran mereka. Saya
pasti seorang pakar IT boleh sekali gus selesaikan masalah ini dalam masa kurang dari 1
jam. Maka permintaan pihak JPN yang suruh berjuta-juta rakyat Malaysian yang bukan
Melayu, hadir ke pejabat JPN berdekatan hanya untuk mengemaskinikan status agama
adalah suatu perkara yang amat tidak adil dan tidak wajar. Sekiranya JPN tiada pakar IT
untuk menyelesaikan masalah ini maka JPN boleh upahkan saya untuk menangani masalah
ini seperti yang saya cadangkan dalam surat ini. Sila balas surat saya mengenai keputusan
yang akan dibuat oleh JPN terhadap aduan dan cadangan saya.

Sekian terima kasih.
Yang Benar,

________________
Haridas Kolandavellu






Download Surat Kepada Ketua Pengarah JPN OLeh Haridas



Surat Kepada Ketua Pengarah JPN OLeh Haridas.pdf (PDF, 275.53 KB)


Download PDF







Share this file on social networks



     





Link to this page



Permanent link

Use the permanent link to the download page to share your document on Facebook, Twitter, LinkedIn, or directly with a contact by e-Mail, Messenger, Whatsapp, Line..




Short link

Use the short link to share your document on Twitter or by text message (SMS)




HTML Code

Copy the following HTML code to share your document on a Website or Blog




QR Code to this page


QR Code link to PDF file Surat Kepada Ketua Pengarah JPN OLeh Haridas.pdf






This file has been shared publicly by a user of PDF Archive.
Document ID: 0000622489.
Report illicit content