covoasisjurnalp1pdf (PDF)




File information


Title: Layout 1

This PDF 1.4 document has been generated by QuarkXPress(R) 9.0, and has been sent on pdf-archive.com on 27/11/2017 at 16:01, from IP address 203.80.x.x. The current document download page has been viewed 194 times.
File size: 17.14 MB (12 pages).
Privacy: public file
















File preview


JEPUN

SINGAPURA

HK-CHINA

OASIS 2017
Porgram Kembara Ilmu
Ke Luar Negara
(Mobiliti Pelajar KUO)

Kolej Ungku Omar
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kandungan

1) Lawatan ke Jepun
Delegasi: 15 Orang
17-23 Januari 2017
2) Lawatan ke Singapura
Delegasi: 15 Orang
2-8 Februari 2017
3) Lawatan ke Hongkong
dan Guangzhao
Delegasi: 17 Orang
19-26 Julai 2017
***************

Bagi pihak UKM dan Kolej Ungku Omar,
kami ingin menyampaikan ucapan
setinggi-tinggi penghargaan kepada para
penaja, penderma dan
penyumbang yang telah membantu
dalam apa juga bentuk sumbangan.

SIDANG PENGARANG
PENASIHAT -- Nik Hairi Omar
PENOLONG PENASIHAT -- Jamallulail Abdul Wahab
EDITOR -- Norman Suratman
PENOLONG EDITOR -- Muhammad Helmi Othman

WARTAWAN KAMPUS
Syafiq Rahim (Ketua)
Hazwani Izzati (Penolong Ketua)
Nur Qayyum Ummi Aiman
Sarah Afiqah Kamaruzaman
Ungku Aiman, Fatih Haziq (Jurufoto)
2

FOTO2: Ungku Aiman

Indahnya Negara Matahari Terbit
bagai aktiviti telah dilakukan bersama para pelajar
Sekolah Tinggi Chosei (Chosei High School) terutamanya sesi perkongsian budaya Jepun dan Malaysia.
Wakil pelajar sekolah tersebut memberi
pendedahan budaya di Jepun seperti sambutan yang
diraikan iaitu Festival Tabata dan tarian yang
tersendiri seperti tarian Awa. Para delegasi Malaysia
berpeluang untuk berkongsi pelbagai jenis budaya
Malaysia seperti tarian tradisional, seni mempertahankan diri seperti silat, persembahan wayang kulit
dan makanan tradisional serta pembentangan mengenai UKM.
Para delegasi OASIS sempat berinteraksi semasa sesi makan tengah hari dan mencuba kaligrafi
Kanji dengan pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Chosei.
Walaupun tidak ramai pelajar sekolah tinggi tersebut
pandai berbahasa Inggeris, namun interaksi antara
para delegasi dengan para pelajar sekolah tinggi itu
masih lancar dalam kelas Bahasa Inggeris yang diadakan di beberapa buah kelas terpilih.
Pada sesi penutupan lawatan tersebut, para delegasi OASIS menerima hadiah cenderahati daripada
Encik Oyama sendiri.
Pada hari ketiga, rombongan delegasi OASIS
meneruskan lawatan ke Sekolah Tinggi Fudooka ( Fu-

Oleh: Nur Qaiyyum Ummi Aiman Binti Jefri
Pada 17 Januari lepas seramai 16 orang
anggota delegasi yang terdiri daripada 14 orang pelajar
Kolej Ungku Omar, UKM diiringi seorang felo, Cik
Sharifah Habibah, dan pensyarah UKM yang juga
bertindak sebagai penterjemah, Puan Shazlinda,
berlepas ke Tokyo, Jepun selama seminggu untuk program mobiliti OASIS yang pertama kali diadakan
bertemakan ‘Pushing Frontier, Venturing Beyond’.
Lawatan ini bertujuan menyediakan platform
pertukaran budaya dan idea antara dua negara, iaitu
Malaysia dan Jepun, serta memperkenalkan dan mempromosi identiti negara di samping menyumbang
kepada idea untuk meningkatkan infrastruktur Kolej
Ungku Omar. Selain itu, lawatan ini juga merupakan
simbolik hubungan diplomatik antara negara Malaysia
dan Jepun yang sudah berusia 60 tahun.
Rombongan delegasi OASIS memulakan
lawatan ke institusi pendidikan iaitu Sekolah Tinggi
Chosei (Chosei High School), Chiba pada hari kedua.
Lawatan ini disambut baik oleh barisan pentadbiran
yang diketuai pengetua sekolah tersebut, Encik
Oyama. Ucapan alu-aluanya sangat menyentuh hati
apabila tergambarnya keikhlasan dalam nadanya. Pel3

jenis makanan Jepun yang
dihidangkan khas, yang dijamin halal memandangkan
majoriti daripada ahli delegasi menganut agama
Islam.
Sesi lawatan tersebut
diteruskan dengan seminar
di bawah pensyarah Tokyo
Keizai University, Profesor
Hirokazu Tajima, dengan
pembentangan mengenai
kajian berkaitan persekitaran di Jepun dan ia diselitkan dengan sesi perkongsian ilmu antara para
delegasi OASIS mengenai projek Citra yang dilaksanakan di Kolej Ungku Omar.
Pada akhir sesi lawatan tersebut, para delegasi
menerima hadiah cenderahati daripada pihak universiti berkenaan. Pada hari-hari seterusnya, rombongan
OASIS pula berpeluang melawat pelbagai kawasan
yang menjadi tumpuan pelancong di sekitar Tokyo.
Tempat seperti Shinjuku yang terkenal dengan laluan
zebra yang paling sibuk di dunia, Harajuku yang juga
dikenali sebagai kawasan fesyen, Tokyo Tower, Akihabara, Ueno dan beberapa buah tokong Shinto.
Tempat-tempat yang dilawati memberi peluang kepada rombongan OASIS untuk merasai persekitaran di Tokyo secara langsung. Ini juga membantu
dalam menimba pengalaman baru memandangkan
Jepun mempunyai budaya yang sangat berbeza
berbanding Malaysia. Para delegasi juga banyak
didedahkan kepada etika rakyat Jepun yang sangat
dikagumi.
Kesimpulannya, para delegasi OASIS memahami dan boleh mempelajari perspektif pandangan
jauh rakyat Jepun. Walaupun para delegasi OASIS
menghadapi sedikit masalah dengan cuaca pada
musim sejuk yang tidak terdapat di Malaysia, namun
lawatan-lawatan yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. Pengalaman yang dilalui di Tokyo
pastinya memberi pencerahan dan suatu pengalaman
yang sangat berbeza kepada setiap delegasi OASIS.

dooka High School) yang
terletak di bandar Kazo,
Saitama. Para delegasi
menerima sambutan yang
sangat meriah daripada
warga serta para pelajar
sekolah tersebut.
Lawatan itu dimulakan dengan ucapan aluan
daripada wakil pelajar Sekolah Tinggi Fudooka dan
persembahan sorakan tradisional daripada para pelajar
di sana.
Para delegasi OASIS juga dibawa ke pelbagai
tempat di sekitar institusi tersebut. Semasa sesi rehat
tengah hari, para delegasi turut berpeluang untuk
berinteraksi secara langsung serta berkongsi bekalan
yang dimasak dari hotel dengan para pelajar sekolah
berkenaan.
Para delegasi OASIS juga dipersembahkan
dengan permainan muzik tradisional dari Japanese
Harp Club dan persembahan seni mempertahankan
diri Kendo dari pelajar Kelab Kendo serta pembentangan mengenai ilmu budaya di Jepun.
Para delegasi OASIS tidak ketinggalan untuk
berkongsi pendedahan mengenai UKM serta budaya
Malaysia seperti mengajar para pelajar sekolah tinggi
tarian tradisional dan makanan tradisional. Lebih
menarik lagi, para delegasi OASIS juga berpeluang
mengadakan permainan interaktif Bahasa Inggeris
bersama para pelajar tersebut.
Selepas sesi penutupan lawatan, para delegasi
OASIS dibawa melawat sesi kokurikulum di mana
pelajar sekolah tinggi itu sedang melaksanakan aktiviti
kelab masing-masing pada sebelah petang.
Hari keempat rombongan OASIS di Tokyo
diteruskan dengan lawatan kampus di Tokyo Keizai
University. Rombongan OASIS disambut dengan sangat baik oleh pihak pentadbiran universiti tersebut
dan dibawa melawat Winter Season Garden serta
persekitaran universiti tersebut. Pada sesi makan tengah hari, para delegasi OASIS dijamu dengan pelbagai
4

Kota Singa destinasi kedua
Oleh: Sarah Afiqah Kamaruzaman
Pada 2 September 2017, seramai 14 orang delegasi yang terdiri daripada 14 orang pelajar Kolej Ungku Omar (KUO),
UKM yand dipimpin oleh barisan Majlis Eksekutif Pelajar
sesi 2016/2017 telah menyertai satu program lawatan sambil
belajar ke Singapura selama seminggu untuk program mobiliti OASIS yang pertama kali diadakan. Bertemakan ‘Pushing Frontier, Venturing Beyond’.
Lawatan ini bertujuan menyediakan sebuah platform pertukaran budaya dan idea antara dua negara, iaitu
Malaysia dan Singapura serta memperkenalkan dan mempromosi identiti negara di samping menyumbang kepada
idea untuk meningkatkan infrastruktur Kolej Ungku Omar.
Selain itu, lawatan ini juga merupakan simbolik hubungan
diplomatik antara dua negara jiran terdekat itu.
Rombongan delegasi OASIS memulakan lawatan
ke Singapore Eye Research Institute (SERI) pada hari kedua
dengan pengangkutan awam. Lawatan ini disambut baik
oleh wakil pihak SERI, Cik Foo Wen Dee.
Majlis perasmian dimulakan pada pukul 9 pagi dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Pentadbiran, Cik
Sharmila. Beliau memberi penerangan berkaitan tentang
SERI. Selepas itu, pembentangan oleh para peserta OASIS
dan lawatan terhadap kemudahan-kemudahan yang terdapat
di SERI serta Singapore National Eyes Centre (SNEC) dijalankan.
Majlis penutup dijalankan dengan sesi pertukaran
cenderamata. Para peserta juga berpeluang meluaskan
pengetahuan mereka dalam bidang teknologi dalam sektor
kepakaran mata melalui lawatan di SERI dan SNEC. SERI
boleh dijadikan sebagai teladan bagi para peserta untuk sentiasa berdaya saing dalam mencapai sesuatu matlamat.
Selepas lawatan ke SERI, para peserta menuju ke
Nanyang Technological University (NTU) dengan menaiki
teksi. Nanyang Technology University Student Union
(NTUSU) menyambut kedatangan kami dengan mesra. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah pembentangan oleh
Presiden NTUSU dan peserta-peserta OASIS, sesi interaksi
serta lawatan ke tempat-tempat menarik di kampus NTU.
Sebelum para peserta bertolak pulang, sesi pertukaran cenderamata dan sesi fotografi dijalankan.
Hari keempat rombongan OASIS di Singapura
diteruskan dengan lawatan ke tempat-tempat menarik. Para
peserta menaiki kereta kabel dan menikmati pemandangan
Singapura dari udara.
Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh para peserta ialah bersiar-siar, mengambil gambar sebagai kenangan
dan menikmati keindahan alam sekitarnya. Kemudian, para
peserta mengambil kesempatan meninjau China Town untuk
membeli cenderamata, menunaikan solat dan makan malam.
Pada waktu malam pula, delegasi bergerak ke Marina Bay Sands untuk melihat pertunjukan lampu. Selain itu,
kami juga berkunjung ke Singapore Press Holding (SPH)

FOTO2: Fatih Haziq
5

yang disambut dengan tangan terbuka. Para peserta mengunjung perpustakaannya yang mempunyai data-data penerbitan semenjak zaman 70-an lagi. Kemudian, sesi
pembentangan antara pihak OASIS dan SPH dijalankan di
sebuah bilik perbincangan di bahagian penerbitan Berita Harian.
Oleh itu, kami mendapat banyak maklumat mengenai SPH dari segi penubuhan, cabaran yang sedang dihadapi
serta kemajuannya dari segi penerbitan akhbar-akhbarnya. Sebelum beredar, sesi pertukaran cenderamata serta sesi
pengambaran diadakan untuk dijadikan kenangan.
Melalui lawatan ini, para peserta dapat menceburi diri
dalam bidang yang berlainan, iaitu bidang penerbitan. Para
peserta meneruskan aturcara program di National University
of Singapore (NUS). Para peserta dipandu oleh seorang pelajar NUS, bernama Brent untuk mengunjungi U-Town.
U-Town terkenal dengan kemudahan-kemudahan
yang terdapat di dalamnya dan ia merupakan tempat utama
yang dikunjung oleh pelajar NUS.
Di samping itu, para peserta
juga berbual-bual dan
bergaul dengan pelajar-pelajar muslim
yang kebetulan
sedang menjalankan aktiviti
tahunan
mereka iaitu

pameran berkaitan Islam yang bertujuan untuk mendalamkan
persefahaman antara pelajar NUS yang menganuti agama
yang berbeza.
Delegasi kemudian bergerak ke Yayasan Mendaki
dengan menaiki pengangkutan awam. Pihak Yayasan Mendaki menyambut para peserta dengan tangan terbuka dan antara aktiviti yang telah dijadualkan ialah pembentangan dari
kedua-dua pihak, Yayasan Mendaki dan para peserta OASIS.
Yang menarik ialah sesi pembentangan diselitkan
dengan sesi soal jawab dan pertukaran pendapat. Para peserta
mengambil peluang ini untuk memahami budaya Muslim di
Singapura. Pada masa yang sama, sesi pertukaran cenderamata, sesi bergambar dan sesi bertemu bual dijalankan.
Sesi pertukaran idea tersebut amat bagus kerana para
peserta bukan sahaja memahami operasi Yayasan Mendaki,
malah tentang budaya Muslim di Singapura.
Kesimpulannya, para delegasi OASIS memahami
dan dapat mempelajari perspektif pandangan jauh rakyat Singapura. Pengalaman yang dilalui
di Singapura pastinya memberi pencerahan dan
suatu pengalaman
yang sangat berbeza kepada setiap anggota
delegasi
OASIS.

6

Negara Naga jadi
pilihan ketiga
perkataan Latin sebagai moto universiti, kolej
mahupun fakulti kerana keistimewaan bahasa Latin
sebagai bahasa ilmu di Eropah selain mengekalkan
ciri-ciri tradisi yang bersifat kebaratan. Dalam bahasa
Melayu ia lebih kurang bermaksud memupuk kebaktian. Memupuk atau ‘Cultus’ atau dalam bahasa Inggerisnya
‘cultivating’
bermaksud membangunkan
potensi diri (cultivating oneself) dan ‘benifecentia’ pula
bermaksud memberi bakti
kepada masyarakat (benifitting the community).
Selaras dengan congan
kata tersebut kolej ini
bertekad melahirkan pelajar
yang mempunyai pengetahuan holistic (menyeluruh) serta menyediakan
pendidikan secara umum
(general education) sebagai
nilai tambah bagi membina sahsiah dan memantapkan
soft skill para pelajarnya.
Selain itu ia juga berhasrat melahirkan generasi pelajar yang mempunyai pemikiran yang bersifat global.
Ini bertepatan dengan cadangan Harry R.
Lewis (2006), seorang sarjana pendidikan tingggi Harvard, dalam karyanya yang berjudul Excellence Without a Soul bahawa kolej kediaman universiti
seharusnya memainkan peranan penting dalam aktiviti
pembangunan sahsiah dan memperkembang potensi
diri pelajar.
Di universitilah secara makrokosmos dan kolej
kediaman sebagai mikrokosmos para pelajar
berpotensi mencapai proses kematangan, mengenal
dan memahahami hakikat jati diri. Antaranya beliau
mengulas bahawa “the fundamental job of undergraduate education” termasuklah “…to help them grow
up, to learn who they are, to search for a larger purpose for their lives, and to leave collage as batter

Oleh: Nik Hairi bin Omar
Muhammad Helmi Othman
Kolej Ungku Omar
KEMBARA ke Hongkong dan Ghuangzhou, China,
tertumpu kepada misi 17 orang peserta yang terdiri
daripada Pengetua dan pelajar
KUO dalam program mobiliti
edisi ketiga lawatan sambil
belajar ke luar negara.
Catatan peribadi pengalaman di Hongkong dirakam terutamanya dari segi
perspektif terhadap pengurusan kolej kediaman di C W
Chu, turut mengimbas gambaran umum Hongkong yang
dipecahkan kepada tiga aspek
seperti kos sara hidup, pengangkutan awam dan budaya, etos serta kualiti
kehidupan masyarakat pula yang serba maju ini.
Analisis rambang dibuat ke atas aktiviti khusus
seperti sesi dialog bersama pengurusan kolej yang
diketuai oleh Prof. Wai-Yee Chan. Sumber maklumat mengenai pelbagai bahan bacaan ilmiah dan
separa ilmiah diperolehi melalui carian maya (online).
Tiga skop kajian ini dibahagikan menurut
wilayah, dengan yang pertamanya merujuk kepada
wilayah Hongkong Special Administrative Region
(HKSAR), selain aktiviti di lapangan iaitu selama 4
hari dari19 hingga 22 Julai 2017 dan yang ketiga ialah
sorotan kepada huraian dan rumusan tentang lawatan
tersebut.
KOLEJ C W CHU
‘Cultus et Benictuficia’ merupakan moto kolej
C W Chu. Etimologi frasa ini berasal daripada Bahasa
Latin. Sudah menjadi amalan kebanyakan institusi
pengajian tinggi di luar negara menggunakkan
7

human beings.” (Lewis 2006).
Sebagai tambahan dalam konteks pendidikan
tinggi di Malaysia pula unsur agama turut memainkan
peranan penting dalam membentuk sahsiah atau roh
tersebut bagi melahirkan insan kamil iaitu bukan sahaja melahirkan pelajar dan pekerja yang cekap bagi
memenuhi pasaran kerja semata-mata tetapi dalam
masa yang sama mempunyai integriti dan adab yang
tinggi (Khalif Muamar 2016).
Bertitik tolak daripada perkara tersebut maka
peranan universal pendidikan yang utama ialah untuk
melahirkan individu yang berpegetahuan dan berbudi
tinggi sekaligus mampu memberi sumbangan yang
konstruktif kepada negara dan masyarakatnya.
Bagi memperkasa pendidikan tinggi dan mencapai tujuan unggul pendidikan, maka pihak berkuasa
Hongkong telah mengambil inisiatif memberikan
dorongan dan bantuan kepada penubuhan The Chinese
University of Hongkong (CUHK) dalam 1963.
Pembinaan CUHK juga turut disertakan dengan penubuhan kolej-kolej kediaman yang dibina
ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat beberapa buah kolej kediaman di CUHK seperti Chung
Chi College, New Asia College and United College.
Shaw College, yang ditubuhkan sejak 1980 dan kolejkolej untuk pelajar prasiswazah pula seperti Morningside College, S.H. Ho College, C.W. Chu College, Wu
Yee Sun College and Lee Woo Sing College yang
mula beroperasi dalam tahun 2012.
Kolej C W Chu didirikan dalam tahun 2007
dan beroperasi sepenuhnya dalam tahun 2012 dan ia
boleh menampung seramai 300 orang pelajar. Pentadbiran kolej ini diketuai oleh Prof. Wai-Yee Chan.
Kolej ini didirikan dengan bantuan kerajaan
tetapi sebahagian besar operasinya dijana melalui
derma dan sumbangan orang ramai selain daripada
yuran yang dibayar oleh para penghuninya.
Berkaitan dengan soal endowment atau penajaan, kolej ini sebahagian besarnya ditaja dan didanai
oleh individu terutamanya dalam aspek prasarana dan
sebagai imbalan nama bangunan atau sesebuah blok
akan didekasikan kepada nama penderma, misalnya
Ina Ho Chan Un Chan Building.
Setiap kolej kediaman di CUHK mempunyai
moto, logo dan aspirasi yang tersendiri bagi menzahirkan keistimewaan dan keunikan masing-masing selain kaya dengan tradisi dan mempunyai komponen
sistem governan yang berotonomi, bebas dan memupuk budaya akademik cemerlang.
Pada dasarnyai kolej sinonim dengan tempat
tinggal pelajar yang hanya menyediakan bilik tidur
atau penginapan dan ruang makan. Ia telah menjadi

satu takrifan yang telah termaktub (institutionalised).
Di kolej ini mereka cuba memposisikan semula makna dan peranan kolej kediaman iaitu sebuah
ekosistem akademik dengan misi memupuk kemahiran insaniah dengan mengimbangi aktiviti kokurikulum dengan kurikulum.
Kesemua pelajar dan tenaga pelajar disertakan
sekali di bawah satu bumbung bagi menjayakan
agenda tersebut. Pembahagian di buat secara jelas antara fungsi kolej kediaman dengan fakulti bagi mengelakkan pertindanan dan pertindihan fungsi.
Kolej kediaman lebih bersifat people-oriented
dengan memfokuskan kepada aktiviti mendidik dan ia
bersifat interdisciplinary serta lebih berciri praktikal.
Fakulti pula bersifat subject-oriented lebih fokus
kepada fungsi penyelidikan, di samping berbentuk
dicipline-driven, pembangunan ilmu pengetahuan dan
membahas perkara-perkara teoritikal.
Hongkong yang juga dikenali sebagai Mutiara
Timur adalah pulau batuan dan konkrit namun usaha
mewujudkan ekosistem ilmu yang hijau dan lestari
merupakan keutamaan di pihak pentadbiran kampus
dan kolej kediaman.
Tapak CUHK yang terletak di kawasan perbukitan dan dikelilingi persekitaran seperti berkonsepkan universiti dalam taman. Malah, anda di antara
lanskap kolej kediaman yang direka menurut ‘feng
shui’ agar wujud semacam “perfect match with natural environment”.
Di C W Chu misalnya walaupun mempunyai
ruang yang terhad dan kawasan kolej ia adalah lebih
bersifat seperti sebuah kompleks bangunan seperti
apartment atau kondominium dan dilengkapi sistem
keselamatan yang canggih.
Ia juga turut dilengkapi dengan prasarana yang
lengkap dan kondusif selain disediakan bilik sumber
sendiri, bilik bacaan, bilik muzik, bilik kecergasan jasmani atau gimnasium, bilik seminar serbaguna, bilik
komputer dan ruang santai yang selesa serta luas selain
kedai yang diuruskan sendri oleh persatuan pelajar.
Bagi memenuhi aspirasi antarabangsa dan
mesra insan, para pelajar tempatan digalakkan bergaul
dengan dan melibatkan para pelajar antarabangsa
dalam aktiviti di kolej mereka.
Setakat ini terdapat seramai 200 orang pelajar
tempatan, 50 penduduk dari Tanah Besar China, di
samping 20 orang pelajar antarabangsa yang terdiri
daripada warganegara Taiwan, Kanada, Thailand,
Korea, Itali, India dan sebagainya.
Selain itu Kolej ini juga bakal menerima lebih
30 orang pelajar antarabangsa yang menjalankan program pertukaran pelajar.
8

Bagi memperkasa pendidikan umum (Ganeral
Education) terdapat dua subjek berkredit yang
ditawarkan di kolej berkenaan iaitu GEC 1010 Universiti dan Masyarakat, di mana para pelajar perlu
menghadiri kuliah, Mid Term Test dan Term Papers
dan satu lagi GEC W410 Senior Seminar, yang lebih
bersifat projek berkumpulan dan para pelajar dikehendaki memilih topik yang berkaitan dengan aktiviti
sosial dan sivik atau projek inovasi untuk dibentangkan.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
kolej ini adalah seperti Honour Code, mentorship, language enhancement, summer exchange/study tour dan
aktiviti sukan.
Selain daripada itu aktiviti sembang bersama
alumni dan industri juga kerap diadakan. Menurut Prof
Wai, penglibatan dalam program kokurikulum yang
seimbang tidak menggugat prestasi akedemik sebaliknya mereka yang cemerlang di fakulti boleh juga
berjaya di kolej kediaman.

Harga sebotol air galian 500ml atau 600ml sudah
mencecah HKD15 – HKD20 dan jika di The Peak
mencecah 22 HKD serta makanan seperti waffer
aiskrim pula mencecah 60 HKD. Sekiranya berpeluang untuk minum di Starbuck Hongkong harga segelas
untuk choclate chip gelas besar adalah 47 HKD. Manakala harga Maggi atau mi segera di dalam cawan
boleh didapati serendah 10 HKD. Nilai tukaran semasa HKD dengan ringgit Malaysia (MYR) ialah 10
HKD bersamaan dengan 5.48 MYR.
Kerajaan Hongkong telah memperkenalkan
gaji minimun $32.5 HKD untuk sejam dan akan disemak oleh badan perundangan iaitu Legco (Legeslative Conucil) setiap dua tahun.
Hongkong menggunakkan dollar Hongkong
(HKD) sebagai mata wang utama. Dollar Hongkong
berada di tempat ke-13 sebagai mata wang yang paling
banyak diperdagangkan di dunia. Tiga bank utama
diberikan hak untuk mencetak dan mengagihkannya
iaitu Bank of China, Standard Charted Bank dan
Hongkong Shanghai Bank (HSBC) (HKMA 2017).

HK KOTA RAYA DUNIA
PENGANGKUTAN AWAM
Hongkong merupakan bekas tanah jajahan
Inggeris. Penyerahan semula Hongkong kepada China
pada 1997 menandakan detik penting dalam sejarah
moden dan berakhirnya pengusaan kolonial Inggeris.
Hongkong boleh dibahagikan kepada tiga wilayah
iaitu Hongkong Island, Kawloon dan New Territories.
Hongkong juga adalah antara kota raya yang terpadat
di dunia berdasarkan 2014 Global Cities Index and
emerging cities outlook.
Hongkong berada di tangga kelima sebagai
kota global sebaris dengan New York, London, Paris,
Tokyo dan mempunyai reputasi sebagai pusat kewangan dunia.

Hongkong mempunyai sistem pengangkutan
yang efisyien, cepat dan kerap serta mempunyai reputasi yang baik. Terdapat pelbagai jenis pengangkutan awam yang disediakan seperti teksi, bas tram, bas
biasa, feri dan juga MTR. Setibanya di HKIA terdapat
tiga jenis teksi yang berlainan warna merujuk kepada
destinasi yang akan dibawa.
Teksi warna merah ialah ‘urban taxi’ yang
beroperasi hanya di kawasan pulau Hongkong. Teksi
berwarna hijau pula beroperasi di New Territories dan
yang bewarna biru tua pula di wilayah Lantau.
Harga perkhidmatan ini lazimnya antara 15-20
HKD untuk 2km pertama. Selain pengangkutan awam
yang cekap ia juga amat bersih dan kondusif MTR
atau dikenali The Mass Transit Railway Hongkong
merupakan nadi pengangkutan awam utama bagi
rakyat Hongkong, ia menyambungkan dan melengkapkan perhubungan di antara Pulau Hongkong,
Wilayah Kawloon, New Territories dan Lantau serta
bersambung terus ke Tanah Besar China.
MTR Hongkong adalah yang terbaik di dunia
serta dikatakan mencatat 99.9 peratus ketepatan masa
untuk ketibaan dan pelepasan kereta api.
MTR mempunyai 89 stesen kereta api utama
dan 68 perhentian kereta api ringan. MTR mengenakan bayaran perkhidmatan yang murah dan merupakan yang paling murah di dunia atas kesedaran
sebagai salah satu tangungjawab sosial terhadap tujuh

KOS SARA HIDUP
Kos sara hidup di Hongkong adalah yang
kedua tertinggi di dunia selepas Singapura manakala
Kuala Lumpur pula pada tangga yang 96. Ini menunjukkan bahawa kos sara hidup di Hongkong mengatasi bandar-bandar kosmopolitan dunia seperti
London, New York dan Tokyo.
Berdasarkan dapatan kajian the Economist Intelligence Unit's annual Worldwide Cost of Living survey yang baru diumumkan untuk tahun 2017, harga
sekeping roti kosong ialah 4.61 HKD dan seliter
minyak gas pula bernilai 1.73 HKD.
Pengalaman sendiri pula meyaksikan harga sebungkus roti kosong biasa sekitar 30 hingga 50 HKD.
9






Download covoasisjurnalp1pdf



covoasisjurnalp1pdf.pdf (PDF, 17.14 MB)


Download PDF







Share this file on social networks



     





Link to this page



Permanent link

Use the permanent link to the download page to share your document on Facebook, Twitter, LinkedIn, or directly with a contact by e-Mail, Messenger, Whatsapp, Line..




Short link

Use the short link to share your document on Twitter or by text message (SMS)




HTML Code

Copy the following HTML code to share your document on a Website or Blog




QR Code to this page


QR Code link to PDF file covoasisjurnalp1pdf.pdf






This file has been shared publicly by a user of PDF Archive.
Document ID: 0000701840.
Report illicit content