TINTA BADAR 6 (PDF)




File information


Author: atiekah

This PDF 1.5 document has been generated by Microsoft® Office Publisher 2007, and has been sent on pdf-archive.com on 28/02/2011 at 15:22, from IP address 175.138.x.x. The current document download page has been viewed 1248 times.
File size: 1.78 MB (4 pages).
Privacy: public file













File preview


21 Rabiul Awwal 1432H / 25 Febuari 2011
>>> TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEMBACA RISALAH INI KETIKA KHATIB SEDANG BERKHUTBAH <<<
Kata-kata

Kehausan Ibn Abbas Terhadap Ilmu Pengetahuan

Pengantar….
Assalamualaikum
wbt….
Kaifa hal sahabat2 seperjuanganku
sekalian..moga2 kalian sentiasa
ditetapkan iman dan dalam
keredhaan Allah selalu..amin ya
rabbal‟alamin.Alhamdulillah berjumpa di kesempatan ini untuk
menikmati sedikit santapan rohani,Insya-ALLAH..mudah2an iktibar
daripadanya..menjadikan kita lebih
dekat dengan ALLAH SWT..Salam
perjuangan=)

Sucikanlah 4 hal dengan 4
perkara :
"Wajahmu dengan linangan air
mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar
kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di
sulami dengan taubat
kepada Dzat yangMemiliki mu."

Abdullah ibn Abbas telah menceritakan bahawa beliau dan
seorang sahabat daripada kaum Ansar berbual mengenai
pencarian ilmu selepas kewafatan baginda SAW daripada
pengikutnya yang masih hidup, namun sahabat tersebut
memberikan jawapan yang kurang memberansangkan:
“ Aku masih belum merasa hampa. Aku memulai
pertanyaanku mengenai ilmu pengetahuan. Aku telah
menghampiri setiap orang yang kusangka telah mendengar sesuatu daripada Rasulullah SAW. Akhirnya aku berjaya memperolehi sebilangan besar kutipanku mengenai hukum-hakam daripada orang-orang Ansar. Sekiranya aku dapati salah seorang daripada para sahabat itu sedang tidur
tatkala aku menziarahi mereka, aku hamparkan kain serbanku di pintupintu pagar rumah mereka ; duduk sambil menunggu mereka. Kadangkadang aku dapati muka dan badanku diliputi debu-debu. Akan tetapi aku
masih juga mahu menunggu sehingga mereka bangun dan berazam untuk menemui mereka. Sebilangan daripada mereka mengatakan:
“Abdullah, kamu merupakan sepupu Rasulullah SAW. Sepatutnya kamu
berhak memanggil kami ke tempatmu, tetapi mengapakah engkau bersusah payah mendapatkan kami di sini?”
“Akulah yang sepatutnya menghampiri kalian semua ; kerana aku adalah
seorang pelajar dan kamu semua adalah guru-guruku.”
“Sejak bilakah kamu telah menunggu kami?” soal mereka kepadaku. Aku
memberitahu bahawa aku menunggu mereka dalam jangka masa yang
agak lama juga.
Mereka berkata kepadaku, “Sungguh kasihan! Sedangkan kamu boleh
mengejutkan kami dari tidur.”
“Tidaklah aku suka menggangu kamu demi kepentingan diriku sendiri.”
Kemudian aku meneruskan pengajianku lagi sehingga tiba suatu masa di
mana orang berduyun-duyun datang menemuiku untuk belajar daripadaku. Teman-temanku mulai menyedari pada ketika itu seraya berkata :
“Sesungguhnya budak ini benar-benar membuktikan bahawa dirinya lebih
pintar berbanding kita.”
Inilah keazaman yang dipamerkan oleh Abdullah bin Abbas sehingga menyebabkan dirinya dijolok dengan gelaran „Khibrul Ummat‟ (Orang yang
terpelajar dalam kalangan umat Islam) dan Bahrul Ulum (Lautan Ilmu)
pada zaman beliau.

SPECIAL KEPADA MUSLIMAT UTEM…..

Kengkawan,nak tahu tak? Apa itu haid,nifas,wiladah? Kalau istihadah pula? Sempurna

GIRL‟S TALK…..

Ke mandi wajib? So,jgn lepaskan peluang ini… DATANG RAMAI2...MOGA2 faham akan

TARIKH:JUMAAT

MASA:12.30 –1.30 tengah hari

HARI:25.02.2011

TEMPAT: BK9 & BK10 FTMK

fiqh wanita…...DATANG JANGAN X DATANG….

Ilmu ikhlas itu sangat penting
“Mari ku ajarkan ilmu ikhlas.” Kata seorang guru kepada anak muridnya.
“Nanti saya ambilkan buku dan pena untuk menulis,”
“Tak payah, bawa sahaja karung guni”
“Karung guni?” Kata anak muridnya seolah-olah tidak percaya.
“Mari kita ke pasar!”
Dalam perjalanan ke pasar mereka melalui jalan yang berbatu-batu.
“Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam karung guni itu." Kata guru itu memberi arahan. Tanpa soal, anak
muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui sepanjang jalan.
“Cukup?”
“Belum. Isi sampai penuh karung guni itu.” Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Hanya belegar-legar
dan melihat-lihat kemudian beredar ke luar.
“Tuan guru, kita tidak beli apa-apa?”
“Tidak. Bukankah karung gunimu sudah penuh?”
“Ya,ya…” Kata si murid, agak kelelahan.
“Banyak Beli barang.” Tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan penuh.
“wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli.'' Kata seseorang.
“Agaknya mereka hendak buat kenduri besar kot," Kata yang lain pula.
Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka,si murid meletakkan guni yang berisi batu-batu tadi. “Oh,sungguh letih! Apa
yang kita hendak buat dengan batu-batu ini tuan guru?”
“Tak buat apa-apa”
“Eh,kalau begitu letih sajalah saya.” Balas anak murid.
“Letih memang letih tapi kamu dah dapat ilmu ikhlas”
“Ikhlas?” Tanya anak murid kehairanan.
“kamu dah belajar apa akibatnya kalau tidak ikhlas dalam beramal”
“Dengan memikul batu-batu ini?”
“Ya, batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang di pasar tadi yang memuji kamu banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan,tetap
hanya batu-batu.”
“Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?
“Ya, hanya berat sahaja ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilainya di sisi Allah, yang kamu dapat, hanyalah
penat.”
“ya, sekarang saya faham apa akibatnya beramal tetapi tidak ikhlas!” Ujar si murid.
Pengajaran: Ramai manusia yang tertipu dalam beramal kerana mengharapkan pujian. Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka. Rugi benar orang
yang tidak ikhlas, terseksa di dunia juga terseksa di akhirat.

Sumber: Soal jawab agama http://hafizfirdaus.com

Tip-tip menghadapi
peperiksaan

TIP MENCAPAI KECEMERLANGAN DALAM PEPERIKSAAN
PERSEDIAAN ULANGKAJI.
1. Membuat ulangkaji – mulai dengan membaca Bismillah & doa.
2. Bersedia dengan nota poket yang lengkap – 2 bulan sebelum.
3. Rujuk guru sekiranya tidak faham dalam setiap pelajaran.
4. Jaga kesihatan – Jaga makan & minum.

AKTIVITI IBADAT.

FORMULA KEJAYAAN.

1. Melaksanakan perintah Allah SWT – Solat 5 waktu.
2. Solat Hajat & Tahajjud.
3. Baca Al- Quran.
4. Banyakkan berdoa/ istighfar/selawat.
5. Mohon petunjuk & hidayah daripada Allah.
6. Patuh dan taat perintah ibubapa & guru.

Ø MATLAMAT + USAHA = KEJAYAAN
Ø MATLAMAT – USAHA = ANGAN – ANGAN
Ø USAHA – MATLAMAT = SIA – SIA
*DUIT=DOA+USAHA+ISTIQOMAH+TAWAKKAL*
PERNAHKAH
PERNAHKAH ANDA
ANDA TERFIKIR
TERFIKIR
Pernahkah
Pernahkah anda
anda terfikir,
terfikir, mengapa
mengapa anda
anda perlu
perlu pergi
pergi ke
ke

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN.
1. Tidur & makan terlalu banyak – menyebabkan hati
mati.
2. Melanggar perintah Allah & Rasul.
3. Melanggar perintah ibu bapa.
4. Melanggar perintah guru dan peraturan sekolah.
5. Elakkan dari gangguan emosi.
6. Membuat ulangkaji saat – saat akhir – hampir
peperiksaan.
7. Melakukan maksiat.
8. Jauhkan perkara yang menganggu kesihatan seperti
tidur lewat malam, makan tidak menentu dan lain2.

sekolah?
sekolah?
Pernahkah
Pernahkah anda
anda terfikir,
terfikir, mengapa
mengapa anda
anda perlu
perlu belajar?
belajar?
Belajar
Belajar itu
itu memenatkan….belajar
memenatkan….belajar itu
itu memeningkan…
memeningkan…
belajar
belajar itu
itu membosankan…
membosankan…
Tetapi
Tetapi mengapa
mengapa ayah
ayah dan
dan ibu
ibu masih
masih mahu
mahu anda
anda belajar??
belajar??
Tidak
Tidak pernahkah
pernahkah anda
anda terfikir,
terfikir,
kehebatan
kehebatan manusia
manusia hadir
hadir apabila
apabila mereka
mereka berfikir?
berfikir?
Tidak
Tidak pernahkah
pernahkah anda
anda terfikir,
terfikir,
belajar
belajar membuat
membuat anda
anda berfikir??
berfikir??
Tidakkah
Tidakkah anda
anda terfikir,
terfikir,
bahawa
bahawa apa
apa yang
yang anda
anda baca
baca ini�membuat
ini�membuat anda
anda berfikir?
berfikir?

DI DEWAN PEPERIKSAAN.
1. Lapangkan fikiran – sentiasa ingatkan Allah, setiap kejayaan
hanya daripada Allah.
2. Melangkah masuk ke dewan peperiksaan dengan kaki kanan,
baca Bismillah & berdoa.
3. Patuhi setiap peraturan peperiksaan.
4. Baca arahan soalan dengan teliti – soalan objektif @ subjektif.
5. Baca soalan dengan teliti – kehendak soalan.
6. Jawab soalan yang mudah dahulu.
7. Catat isi/fakta penting untuk elak terlupa.
8. Sekiranya lupa – banyakkan beristighfar dan selawat.
9. Menjawab dengan tenang – yakin dengan pertolongan Allah.
10. Semak jawapan – bertawakkal kepada Allah.

INGATLAH …..
“ JIKA ADA 100 ORANG YANG BERJAYA,
MAKA AKU ADALAH SALAH SEORANG
DARIPADANYA”
“ JIKA ADA 10 ORANG YANG BERJAYA,
MAKA AKU ADALAH SALAH
SEORANG DARIPADANYA “
“JIKA ADA SEORANG YANG BERJAYA,
MAKA AKULAH ORANGNYA”
semoga sama-sama dapat mengamalkannya..
“ALLAH akan mengangkat darjat orang-orang yang
beriman di antara kamu dan mereka yang memberi
ilmu” (Al-mujadalah:11)

C C
A O
R R
T N
O E
O R
N

SEBARANG PANDANGAN,KOMEN,KRITIKAN, SUMBANGAN IDEA…...BOLEHLAH DIEMELKAN KE badarutem@yahoo.com ATAU LAYARI
BLOG ALTERNATIF KAMI, BLOG BADAR IAITU badarutem2011.blogspot.com DAN JUGA FACEBOOK KAMI exco penerangan dan

penerbitan badar………..






Download TINTA BADAR 6



TINTA BADAR 6.pdf (PDF, 1.78 MB)


Download PDF







Share this file on social networks



     





Link to this page



Permanent link

Use the permanent link to the download page to share your document on Facebook, Twitter, LinkedIn, or directly with a contact by e-Mail, Messenger, Whatsapp, Line..




Short link

Use the short link to share your document on Twitter or by text message (SMS)




HTML Code

Copy the following HTML code to share your document on a Website or Blog




QR Code to this page


QR Code link to PDF file TINTA BADAR 6.pdf






This file has been shared publicly by a user of PDF Archive.
Document ID: 0000028853.
Report illicit content