Terma & Syarat Program Project Moments (PDF)




File information


Author: T

This PDF 1.5 document has been generated by Microsoft® Word 2013, and has been sent on pdf-archive.com on 28/11/2017 at 04:40, from IP address 175.143.x.x. The current document download page has been viewed 200 times.
File size: 378.22 KB (2 pages).
Privacy: public file










File preview


“BELI & MENANG PROGRAM TENA (MOMENTS) 2017”
LANGKAH-LANGKAH PENYERTAAN
PENEBUSAN MELALUI SMS
1. Beli TENA Value M12 / TENA Value L10 yang memaparkan label “Beli & Menang” .

2. Dalam pek TENA Value ini mengandungi satu keping coaster.
3. Terdapat 110 pek TENA Value yang akan mengandungi kad yang menyatakan anda telah
memenangi satu (1) hadiah.
4. Untuk menebus hadiah, anda perlu hantar sms ke “66688” dengan butiran tersebut
(yang tercetak di atas kad): “TENA<jarak>Nama<jarak>Saiz Lampin<jarak>nombor kod
unik”
Contoh:
TENA Amirah Ibrahim M BD123AM8L5

TERMA & SYARAT
1. BELI & MENANG PROGRAM TENA 2017 dianjurkan oleh Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. (Nombor
Pendaftaran : 320704 [Penganjur].
2. Penebusan sah dari 25hb November 2017 sehingga 31hb March 2018.
3. Program ini dibuka kepada semua penduduk Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
4. 2 individu berikut tidak layak untuk menyertai:
a) Kakitangan Penganjur (Vinda Marketing (M) Sdn Bhd dan Vinda Malaysia Sdn Bhd)
b) Ahli keluarga kakitangan Penganjur (suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik)
5.

Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan bagi tujuan pengesahan.

6. Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan tempoh penebusan dan/atau
membatalkan/menamatkan penebusan dan/atau menukar, meminda, menggugurkan dan/atau
menambah Terma dan Syarat Penebusan pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih
dahulu.
7. Penebusan melalui sms yang diterima selepas 31hb March 2018 tidak akan dilayan.

8. Hadiah akan dihantar ke alamat kiriman yang diberikan oleh peserta dalam masa 6 – 8 minggu
dari tarikh penerimaan penebusan sms oleh Penganjur. Penganjur akan mengambil langkah
yang sewajarnya untuk menghantar hadiah tetapi Penganjur tidak boleh
dipertanggungjawabkan sekiranya kiriman tidak diterima, lambat diterima atau hadiah yang
diterima oleh peserta rosak. Semua hadiah yang tidak dituntut pada atau selepas 31hb March
2018 akan dibatalkan kelayakkannya.
9. Sekiranya terdapat kecacatan pembuatan, peserta mesti memulangkan hadiah tersebut kepada
Penganjur dengan kos yang ditanggung sendiri, tanpa kerosakan dan dalam pembungkusan asal
untuk mendapatkan gantian dalam masa 3 minggu selepas menerima hadiah.
10. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau
perbelanjaan lain yang berkaitan untuk mengambil bahagian dalam program penebusan ini
adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.
11. Dengan menyertai promosi ini, peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk
memproses maklumat peribadi peserta yang diberikan kepada Penganjur dalam promosi ini.
12. Penganjur berhak mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana
dan semua maklumat peribadi peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej
peserta untuk tujuan penebusan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti, pemasaran dan
promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana
media dan tanpa pampasan. Peserta tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat
sebarang bentuk pampasan lain untuk bahan tersebut.
13. Jika peserta mahu membangkitkan sebarang isu perlindungan data dengan Penganjur, atau
melaksanakan sebarang hak di bawah undang-undang, sila hubungi Penganjur di
my.askTENA@vinda.com.
14. Gambar hadiah yang tertera dalam kad hadiah, adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan mungkin
berbeza daripada barangan sebenar.
15. Terma dan Syarat dan kaedah penyertaan program ini boleh dipinda dari masa ke masa dan
akan diguna pakai berbanding sebarang peruntukan atau pernyataan yang terkandung dalam
mana-mana bahan promosi atau pengiklanan lain bagi program ini.
16. Keputusan Penganjur adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.
17. Dengan menyertai program ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat kepada Terma
dan Syarat, serta keputusan Penganjur.






Download Terma & Syarat Program Project Moments



Terma & Syarat Program Project Moments.pdf (PDF, 378.22 KB)


Download PDF







Share this file on social networks



     





Link to this page



Permanent link

Use the permanent link to the download page to share your document on Facebook, Twitter, LinkedIn, or directly with a contact by e-Mail, Messenger, Whatsapp, Line..




Short link

Use the short link to share your document on Twitter or by text message (SMS)




HTML Code

Copy the following HTML code to share your document on a Website or Blog




QR Code to this page


QR Code link to PDF file Terma & Syarat Program Project Moments.pdf






This file has been shared publicly by a user of PDF Archive.
Document ID: 0000702004.
Report illicit content