PDF ArchiveHistorical archive . public document
2011 . March . 11

TINTA BADAR 8

TINTA BADAR 8.pdf . by fazwin

PDF 1.5 4 pages 2.68 MB Filed 11/03/2011
Download this PDF
TINTA BADAR 8.pdf
Web reader . 4 pages
Page 2 of 4, TINTA BADAR 8
2 / 4

File preview

8 6 Rabiul Akhir 1432H / 6 March 2011 >>> TERIMA KASIH KERANA TIDAK MEMBACA RISALAH INI KETIKA KHATIB SEDANG BERKHUTBAH <<< KaTa² PeNgHanTar : Assalammualaikum wbt…… Hai sahabat seperjuanganku yang berada di UTeM.. Semoga kalian semua berada dalam keredhaan Allah s.w.t selalu dan sentiasa mendapat rahmat darinya.. Alhamdullilah bersyukur kita kehadrat illahi kerana dapat lagi kita bertemu dalam tinta Badar ini edisi ke 8 iaitu tajuk minggu ini adalah PERKAHWINAN.. Insyallah edisi tinta kali ini mudah-mudahan akan meningkatkan lagi k eiman an rak an - ra ka n sekalian dalam menghadapi alam perkahwinan suatu hari nanti… MUTIARA KATA…… Dalam Islam, perkahwinan adalah suatu ibadat dan sunnah Rasulullah s.a.w. yang merupakan perlaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia.Orang yang berkahwin akan dapat mengatur suatu kehidupan yang baik, sempurna, dan peMereka ini adalah golongan yang berjaya melaksanakan amanah yang diberi, iaitu sebagai khalifah Allah yang mempertahankan peradaban dan tamadun manusia. Orang berkahwin bertanggungjawab secara keseluruhannya terhadap rumah tangga dan ahli keluarga. Segala perbuatan yang dilakukan demi kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga mendapat pahala daripada Allah. Perkahwinan merupakan suatu sunnah Rasulullah s.a.w bagi meneruskan dakwahnya mengatasi masalah sosial dalam masyarakat, mewujudkan perpaduan di kalangan umat Islam untuk melahirkan generasi yang soleh Sabda Rasulullah s.a.w Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Firman Allah S.W.T:Maksudnya : Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…( Surah ar-Rum: Ayat Baginda Rasulullah s.a.w. pernah menegaskan dalam salah satu hadisnya yang bermaksud : Bersegeralah lakukan amalan-amalan yang baik-baik (jika ia di waktu siang jangan tunggu hingga menjelang malam yang gelap gelita), kerana ia akan menimbulkan fitnah, seperti seorang lelaki di mana pada waktu pagi dia seorang muslim dan apabila menjelang petang atau malam dia menjadi seorang kafir pula, dia menjual agama kerana kepentingan dunia yang terlalu sedikit.- Hadis Sohih riwayat Imam Ahmad, Muslim dan Tirmizi daripada Abu Hurairah. SEBARANG PANDANGAN,KOMEN,KRITIKAN,SUMBANGAN IDEA…. BOLEHLAH DIEMELKAN KE badarutem@yahoo.com ATAU LAYARI BLOG ALTERNATIF KAMI, BLOG BADAR IAITU bada- rutem2011.blogspot.com DAN JUGA FACEBOOK KAMI IAITU Exco Penerangan Dan Penerbitan Badar……. Speciall utk MUSLIMAT UTEM… GIRL’S TALK SETIAP HARI JUMAAT ,BERTEMPAT DI BK9 & BK10 FTMK DAN MASANYA PADA PUKUL 12.30-1.30 TGHRI….BEST NI! DATANG TAU!=) aPa iTu PeRKaHwiNaN Perkahwinan atau nikah menurut bahasa ialah berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah Ijab dan Qabul (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki danperempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam[1]. Perkataan zawaj digunakan di dalam al-Quran bermaksud pasangandalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan Allah s.w.t. menjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan zina Tanggungjawab Isteri Tanggungjawab Suami 1. Wajib membayar nafkah kepada isteri 2. Membayar mas Kahwin 3. Melayan isteri dgn penuh mesra & kasih sayang 4. Memenuhi nafkah zahir & batin 5. Memberi bimbingan & tunjuk ajar 6. Memberi perlindungan kepada isteri 7. berlaku adil sekira berpoligami n Ruku 1. Mentaati & menjaga maruah suami 2. Memenuhi kehendak suami pada bila2 masa jika ingin menyetubuhinya selagi dibenarkan oleh syara’ 3. Menjaga maruah diri sewaktu di hadapan suami atau ketiadaan suami 4. Menghormati & memberi taat kepada suami 5. Tidak mencerita kelemahan suami kepada umum h Nika 1. Calon suami (lelaki) 2. Calon isteri (perempuan) 3. Wali 4. Saksi 5. Ijab dan Kabul (akad) t ara Syarat Calon Suami Syarat Calon 1. Bukan muhrim dengan bakal isteri 2. Dengan pilihan sendiri (tidak sah jika dipaksa) 3. Lelaki yang tertentu 4. Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dinikahi 5. Bukan dalam ihram haji 6. Tidak beristeri empat 1. Bukan muhrim dengan bakal suami 2. Hendaklah bakal isteri itu tertentu 3. Dengan rela hati (bukan dipaksa kecuali anak gadis) 4. Tidak di dalam ihram haji 5. Benar-benar perempuan (tidak Susunan Wali i Wal Sy 1. Islam 2. Baligh 3. Berakal 4. Merdeka 5. Lelaki 6. Adil 7. Tidak cacat akal 8. Tidak dalam ihram 9. Tidak dari orang-orang yang muflis 1. 2. 3. 4. Bapa Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan Adik-beradik lelaki seibu dan sebapa Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah 6. Adik-beradik lelaki sebapa 7. Anak saudara lelaki dari adik-beradik lelaki sebapa hingga ke bawah 8. Bapa saudara seibu sebapa hingga ke atas 9. Bapa saudara dari sebelah bapa 10 Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga ke bawah 11. Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu) 12. Raja (pemerintah) Ikan di laut asam di darat Dalam kuali bertemu jua Hati terpaut janji diikat Atas pelamin bertemu jua Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenal kemudian bertunang Diatas pelamin sama bersatu Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di daun pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Sama cantik sama padan Ayam dara di buat gulai Bungkus bekalan letak di bucu Riang gembira kedua mempelai Semoga berkekalan keanak cucu Mari Berpantun HUKUM PERKAHWINAN Hikmah Perkahwinan 1. Wajib: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina. 1. Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga. Anak yang lahir hasil perbuatan zina, nasabnya tidak diakui oleh Islam. Tetapi anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. 2. Sunat: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina. 3. Haram: Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya. 4. Makruh: Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin. 5. Harus: Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya ber- 2. Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu. 3. Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina. Perkahwinan menyelamatkan seseorang daripada perbuatan zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal Kenali Tokoh Islam Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar AlIfta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net. Aku tak mahu suamiku berdosa Lantas aku melabuhkan jilbabku Berusaha menutup sempurna auratku Aku tak mahu suamiku berdosa Lantas aku perlengkapkan diriku Dengan ajaran agama Agar dapat membezakan Antara yang benar dan salah Aku tak mahu suamiku berdosa Lantas aku hadkan pergaulanku Dengan yang bukan mahramku Aku tak mahu suamiku berdosa Lantas aku menjaga diriku Agar terhindar dari fitnah manusia Aku tak mahu suamiku berdosa Kerana aku sayangkan suamiku Dan aku tak mahu suamiku terhumban Ke neraka jahanam kerana diriku Aku tak mahu suamiku berdosa Kerana aku Aku tak mahu suamiku berdosa..

Download TINTA BADAR 8

TINTA BADAR 8.pdf . PDF . 2.68 MB . 4 pages

Download PDF

File information

File name
TINTA BADAR 8.pdf
Author
fazwin
Size
2.68 MB
Pages
4 pages
PDF version
1.5
Produced with
Microsoft® Office Publisher 2007
Filed on
11/03/2011
Page views
1 355
Document ID
tinta-badar-8
MD5
df3d055aef87a80f0495c5c0fc7508db
SHA-512
64c441ad6f6e18494d0ee95a8c9c04ccaeccdbcb5c05d7a9f6ed7f6edb13ccd1cf14bafb792cd3e83fee03e1b6cdaea411e48986fd8099cd633ce099e9a364bb

Share this document

This address never changes. It is the one to keep, to send, or to cite.

Shorter, for a text message or a post with a character limit.

To link to this document from a website or a blog.