PDF ArchiveHistorical archive . public document
2012 . March . 9

Great Golfers

Ombak Cup 2012.pdf . by User 2

PDF 1.5 22 pages 2.86 MB Filed 09/03/2012
Download this PDF
Ombak Cup 2012.pdf
Web reader . 5 pages of 22
Page 2 of 22, Ombak Cup 2012
2 / 5

File preview

PROFIL YAYASAN ALBITAN Yayasan Albitan (YA) di daftarkan pada 3hb Jun 2011 di bawah Akta Syarikat dengan No. Pendaftaran 947441-A. Nama Albitan tersebut adalah merujuk kepada istilah yang dipopularkan oleh sahabat-sahabat sekitar tahun 1980-an ketika sama-sama berorganisasi di unit Belia, Kementerian Belia dan Sukan. YABhg Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada ketika itu adalah Ketua Setiausaha (KSU) di Kementerian Belia Dan Sukan. Yayasan Albitan menghimpunkan semua generasi rangkaian sahabat yang menyumbang tenaga dan kepakaran masing-masing secara sukarela untuk memastikan agenda Agama, Bangsa dan Negara terus menjadi teras kepimpinan Negara. Yayasan Albitan telah membina sistem pangkalan data yang setakat ini berjaya menjejaki lebih 535 orang sahabat lama dan lebih 3,000 sahabat baru termasuk generasi muda. Kesemua sahabat YA akan dilindungi di bawah satu Skim Insurans dan Khairat Kematian yang polisi utamanya dibiayai oleh YA. Skim kebajikan ini adalah harapan generasi awal sahabat tahun 70-an dahulu bagi menghargai sumbangan dan peranan yang pernah mereka berikan. Yayasan Albitan ditubuhkan dengan tujuan dan aktiviti syarikat seperti berikut:1. Untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kasih sayang dan memberi harapan kepada mereka-mereka yang ditinggalkan, mereka yang didera, yang sakit dan yang kurang upaya di dalam negeri ini dan umat Islam amnya; 2. Memberi bantuan kewangan kepada masyarakat dan projek ahli-ahli dan secara amnya memperbaiki kehidupan dan memberi harapan kepada yang daif; 3. Untuk memberi sokongan, latihan dan bantuan kewangan kepada masyarakat, individu dan ahli-ahli Yayasan dan keluarga mereka untuk membina kehidupan yang berkualiti melalui kestabilan ekonomi, emosi keluarga dan umumnya meningkatkan keperluan hidup. Seperti tujuan penubuhan yang dinyatakan di atas penubuhan Yayasan ini bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan. Ia juga adalah untuk meringankan kesusahan dikalangan masyarakat, individu dan keluarga mereka untuk membina kehidupan yang berkualiti melalui kestabilan ekonomi, emosi keluarga dan umumnya meningkatkan keperluan hidup. Yayasan ini akan memberi khidmat atau manafaat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. . 1 TABUNG ANUGERAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI ZA’BA Pendidikan merupakan tunjang kepada pembangunan modal insan. Melalui ilmu pengetahuan, yang lemah akan menjadi kuat dan yang miskin dapat meningkatkan taraf kehidupan. Atas rasional ini, Yayasan Albitan (YA) akan menjalankan kerjasama dengan Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban Melayu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi mewujudkan Tabung Anugerah Kecemerlangan Tinggi Za’ba sempena mengambil nama tokoh terbilang pendidikan Za’ba . Dalam usaha untuk merealisasikan niat murni ini, maka Siri Jelajah Golf Amal Yayasan Albitan – Ombak Cup 2012 diadakan bagi mengisi dana Tabung Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Tinggi Za’ba. Anugerah ini merupakan suatu pengiktirafan terhadap pencapaian cemerlang mahasiswa IPTA.. Siri Jelajah Golf Amal ini akan diadakan sebanyak 10 siri mengikut zon iaitu Zon Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak. Kejohanan ini di jadualkan sepanjang tahun 2012 dengan kemuncaknya pada bulan Disember 2012 di Glenmarie Golf & Country Club. YA akan berganding bahu dengan IPTS terpilih di setiap negeri dalam siri Kejohanan Golf Amal ini. Dana sumbangan yang diterima akan disalurkan kepada IPTA tersebut untuk disampaikan kepada dua orang mahasiswa yang memiliki pencapaian akademik cemerlang. Segunung penghargaan diucapkan atas sumbangan semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Siri Jelajah Golf Amal Yayasan Albitan 2012 ini. 2 Objektif Pertandingan Sejajar dengan aspirasi kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak yang menggalakkan kita untuk melaksanakan tanggung jawab sosial kepada masyarakat, Golf Amal Yayasan Albitan - Ombak Cup 2012 menjadi penyambung di antara pihak swasta dan agensi kerajaan dengan golongan mahasiswa. Program Golf Amal ini bertujuan untuk menghulurkan bantuan kepada golongan pelajar pintar yang memerlukan dan menghadapi kesulitan kewangan dalam usaha untuk meringankan kesusahan di kalangan masyarakat, individu dan keluarga mereka untuk membina masa depan yang berkualiti dan meningkatkan taraf sosial masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. . Pengenalan 10 siri pertandingan sepanjang tahun di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah. Sekurang-kurangnya 120 pemain bagi setiap siri. Ia akan menjadi acara tahunan dalam usaha untuk menyemai semangat “Bermain Sambil Beramal”. 3 CADANGAN LOKASI PERTANDINGAN Peransang GCC Glenmarie GCC KUALA LUMPUR SELANGOR (31 MAC 2012) Royal Perak GCC PERAK (20 DIS 2012) Nilai Spring GCC NEGERI SEMBILAN (26 APR 2012) (29 NOV 2012) Tiara GCC MELAKA Darul Aman GCC (24 MEI 2012) KEDAH (25 OKT 2012) Bukit Tinggi GCC PAHANG Sarawak GC (28 JUN 2012) SARAWAK (27 SEP 2012) Pulai Springs Resort GCC JOHOR (12 JULAI 2012) Bukit Beruntung GCC SELANGOR (28 OGOS 2012) 4 GOLF AMAL YAYASAN ALBITAN Ia merupakan suatu program yang akan mengumpulkan para pemain-pemain golf di bawah satu konsep Bermain Sambil Beramal. Kemenangan bukanlah matlamatnya kerana setiap yang menyertainya adalah pemenang sebenarnya. Selain daripada penyertaan individu, sumbangan dana dan cenderahati daripada organisasi melayakkan mereka untuk menyertainya. Setiap lokasi akan terdiri dari : Satu pusingan permainan untuk 18 lubang. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia 18 tahun ke atas Hadiah untuk 10 pemenang, Novelties dan Pemain Terbaik 7 pemain dari setiap siri akan layak untuk menyertai Pertandingan Grand Final 3 pemenang di Grand Final berpeluang ke Q-School selama 3 hari dan juga berpeluang menjadi pemain profesional serta melayakkan mereka untuk menyertai kejohanan golf profesional di Asia. Cabutan bertuah 5 SETIAP PUSINGAN Peserta Pemenang Pingat 120 pemain Medal A Medal B Novelties Cabutan Bertuah PERTANDINGAN GOLF Terbuka kepada semua pemain dan pengiraan mengikut ”System 36 mode of play”. Layak menyertai satu atau mana-mana pertandingan berserta yuran penyertaan. 6 YURAN PENYERTAAN Yuran penyertaan adalah RM300 bagi setiap orang atau bagi setiap siri. Satu pusingan permainan golf 18 lubang. Cadangan cenderahati berupakan pakaian golf, baucar diskaun golf, majalah golf dan minuman ringan. Berpeluang mendapat hadiah dari Cabutan Bertuah. KELAYAKAN PENYERTAAN PERTANDINGAN : Pemain amatur I Pemain handicap tinggi dan rendah Pemain lelaki dan wanita 7 GOLF AMAL YAYASAN ALBITAN MENAWARKAN : Impak & Imej positif Pendedahan Media Utama (TV, Akhbar & Majalah Golf) Mewujudkan Peluang PR dan Pemasaran Peluang menambah jaringan perniagaan KATEGORI PENAJAAN DAN RAKAN PERTANDINGAN EXTRAVAGANZA PLATINUM GOLD SILVER BRONZE 8 PENAJA EXTRAVAGANZA Menjadi PENAJA UTAMA keseluruhan pertandingan. Logo Korporat di setiap publisiti pertandingan dan papan iklan seperti tanda di petak mula dan kawasan rehat di padang permainan. Lambang Penaja di hadapan baju & topi setiap pemain. Perakuan di dalam buku cederahati dan diumumkan sebagai PENAJA UTAMA semasa Majlis Penyampaian Hadiah. Percuma satu mukasurat pengiklanan berwarna di luar belakang Buku Cerderahati Pertandingan. Nama Korporat dan penghargaan dalam laporan program di dalam media cetak dan elektronik. Logo korporat dikaitkan kepada sesawang Pertandingan Golf Amal. Jemputan untuk wakil syarikat hadir pada Sidang Akhbar dan Penyampaian Hadiah. Jemputan untuk 4 VIP menyertai golf di setiap lokasi. Peruntukan 1 meja promosi. 9 PENAJA PLATINUM Menjadi penaja keseluruhan pertandingan. Publisiti untuk pertandingan dan lambang Penaja di atas semua papan tanda di petak mula dan kawasan rehat dipadang permainan. Lambang Penaja di belakang baju yang diberikan kepada semua pemain. Perakuan di dalam buku cederahati dan diumumkan sebagai penaja keseluruhan semasa Majlis Penyampaian Hadiah. Percuma satu mukasurat pengiklanan berwarna di sebelah dalam belakang Buku Cerderahati Pertandingan. Nama Korporat dan penghargaan dalam laporan program di dalam media cetak dan elektronik. Logo korporat dipautkan kepada sesawang Pertandingan Golf Amal. Jemputan untuk wakil syarikat hadir pada Sidang Akhbar dan Penyampaian Hadiah. Jemputan untuk 2 VIP menyertai golf di setiap lokasi. Peruntukan 1 meja promosi. 10 PENAJA GOLD Menjadi penaja keseluruhan pertandingan. Publisiti untuk pertandingan dan lambang Penaja di atas semua papan tanda di petak mula dan kawasan rehat dipadang permainan. Perakuan di dalam buku cederahati dan diumumkan sebagai penaja keseluruhan semasa Majlis Penyampaian Hadiah. Percuma setengah mukasurat pengiklanan berwarna di dalam Buku Cerderahati Pertandingan. Nama Korporat dan penghargaan dalam laporan program di dalam media cetak dan elektronik. Logo korporat dipautkan kepada sesawang Pertandingan Golf Amal. Jemputan untuk wakil Penyampaian Hadiah. syarikat hadir pada Sidang Akhbar dan Jemputan untuk 1 VIP menyertai golf di setiap lokasi. Peruntukan 1 meja promosi. 11 PENAJA SILVER Menjadi penaja keseluruhan pertandingan. Publisiti untuk pertandingan dan lambang Penaja di atas semua papan tanda di petak mula dan kawasan rehat dipadang permainan. Perakuan di dalam buku cederahati dan diumumkan sebagai penaja keseluruhan semasa Majlis Penyampaian Hadiah. Percuma setengah mukasurat pengiklanan berwarna di belakang Buku Cerderahati Pertandingan. Nama Korporat dan penghargaan dalam laporan program di dalam media cetak dan elektronik. Logo korporat dipautkan kepada sesawang Pertandingan Golf Amal. Jemputan untuk wakil syarikat hadir pada Sidang Akhbar dan Penyampaian Hadiah,. Jemputan untuk 1 VIP menyertai golf disetiap lokasi. Peruntukan 1 meja promosi. 12 PENAJA BRONZE Organisasi,syarikat atau individu yang menaja sekurang-kurangnya satu flight. Perakuan di dalam buku cederahati dan diumumkan sebagai penaja semasa Majlis Penyampaian Hadiah. 13 CONTOH IKLAN PAPAN TANDA DILOKASI PERTANDINGAN Papan iklan sementara di pintu masuk Kelab Kain rentang dan ‘backdrop’ pertandingan di kawasan pendaftaran. Banting pertandingan di sekitar tempat letak kereta dan Kelab. Papan iklan pertandingan di padang latihan & petak mula. ‘Backdrop’ pertandingan dan banting di dewan jamuan. 14 PAPAN TANDA DI LOKASI PERTANDINGAN 15 PELANCARAN MAJLIS & SIDANG AKHBAR 16 PENYAMPAIAN HADIAH & CABUTAN BERTUAH 17 AKTIVITI Golf Amal Yayasan Albitan 2011 18 RUANGAN IKLAN TAMBAHAN 19 RUANGAN IKLAN GOLD SEPARUH MUKA SURAT RUANGAN IKLAN SILVER SEPARUH MUKA SURAT 20 RUANGAN IKLAN PENAJA PLATINUM MUKA SURAT PENUH BAHAGIAN BELAKANG/DALAM 21 RUANGAN IKLAN EXTRAVAGANZA MUKA SURAT PENUH BAHAGIAN BELAKANG/LUAR 22

Download Ombak Cup 2012

Ombak Cup 2012.pdf . PDF . 2.86 MB . 22 pages

Download PDF

File information

File name
Ombak Cup 2012.pdf
Title
Great Golfers
Author
User 2
Size
2.86 MB
Pages
22 pages
PDF version
1.5
Produced with
Microsoft® PowerPoint® 2010
Filed on
09/03/2012
Page views
1 305
Document ID
ombak-cup-2012
MD5
311b57db461be01718eac71f4dd80b8f
SHA-512
79a6165a50b33bb7a8514681e02ee0f681a12be4c3e87710448cb7f32e3769b20d3b8aa72b6022d7154fa684774003f222a3b5cf91e5b51abf7ca7146a60791e

Share this document

This address never changes. It is the one to keep, to send, or to cite.

Shorter, for a text message or a post with a character limit.

To link to this document from a website or a blog.