PDF ArchiveHistorical archive . public document
2017 . July . 12

Majalah Varia C Edisi V

Majalah Varia-C Edisi V.pdf

PDF 1.4 80 pages 52.57 MB Filed 12/07/2017
Download this PDF
Majalah Varia-C Edisi V.pdf
Web reader . 5 pages of 80
Page 1 of 80, Majalah Varia C Edisi V
1 / 5

File preview

NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PROF. DATO’ SERI DR. NOOR AZLAN GHAZALI Assalamualaikum semua Dekan, Pengarah, Pengetua, dan semua Warga UKM akademik, pentadbir dan staf sokongan yg amat saya hormati, Sehari dua ini ramai anak muda, ibubapa, adik abang kakak yang bakal tersenyum girang menerima surat tawaran memasuki UKM. Pastinya ada yang melinang air mata dan melompat suka mendapat berita yang dinanti sekian lama. Ada yang berlari kesawah, ke kedai, ke kebun, ada yang menanti kepulangan mak ayah dari laut, dari ladang, dari pejabat. Ada yang menadah berdoa buat mak ayah yang mungkin sudah tiada. Tak sabar menyampai berita ‘besar’, terkedu dalam hati mengenang hasrat yg telah pergi-mak ayah…saya dapat masuk UKM! Soon in few weeks time they will be arriving to meet us in Bangi. Each new admission will add to the list of Warga UKM, and InsyaAllah soon Alumni Hebat UKM. ‘Day One’ kita hampir bermula. Hari pendaftaran pelajar baru is a VERY critical day for the students, their parents n families n MORE so for all of us. Setiap mereka punya impian n harapan. Setiap mereka punya latar kehidupan masing-masing. Apa yang bakal kita sajikan pada pertemuan pertama dan diminggu-minggu awal dan seterusnya akan menyentuh hati sabubari para pelajar ini. ‘Lagu & Irama’ yang kita dendangkan akan menjadi sajian penting membentuk perspektif, tingkahlaku dan pemikiran dan kesediaan semua yang bakal menjengah. Apa Apa Apa Apa Apa yang yang yang yang yang UKM UKM UKM UKM UKM tawarkan? harapkan? utamakan? impikan? nilaikan? We all to receive them VERY soon. Let’s get ready. Bersedia dengan penuh kesungguhan dan azam. Kita ada amanah. Kita ada tanggungjawab. Marilah kita tunaikan dengan penuh semangat dan iltizam utk beri yang terbaik. Ajak semua di PTJ masing-masing bersedia menyambut kumpulan ahli baru keluarga UKM yang besar ini dengan ‘lagu & irama’ yang sehati dan bersemangat. Bersedia menyambut kedatangan para pelajar serta ibubapa dan keluarga mereka. Kenali mereka sebelum mereka sampai ke UKM. Welcome on board, menyertai misi besar kita selaku Pendaulat Amanah Negara. Nota: Ucapan ini disampaikan oleh Naib Canselor sewaktu Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2016/2017 TIMB. NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PROF. DATO’ NOOR AZIAH MOHD AWAL Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera yang berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Encik Nik Hairi Omar, Pengetua Kolej Ungku Omar, Saudara Mohammad Syazwi Mohd. Rafaee , Ketua Pengarah Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar, peserta debat,para mahasiswa serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama pada malam ini dalam Pertandingan Akhir Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada para pendebat yang berani mencabar diri untuk terlibat dalam pertandingan ini. Bagi pihak UKM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia, Yang Dipertua Dewan Rakyat atas kesudian meluangkan masa menyempurnakan majlis ini, yang bertemakan “Mahasiswa Progresif Menerajui Aspirasi Nasional”. Penganjuran pertandingan Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar ini membuktikan bahawa UKM sentiasa terkehadapan dalam membicarakan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kita. Ini adalah selari dengan sejarah penubuhan UKM yang dibina berlandaskan aspirasi rakyat yang inginkan sebuah universiti kebangsaan dibina menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu tinggi. UKM sentiasa menggalakkan para mahasiswa untuk melibatkan diri dalam program-program seperti ini kerana ia dapat meningkatkan kecemerlangan mahasiswa bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga kemahiran insaniah. UKM juga berharap program ini dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu berjasa kepada masyarakat. Sememangnya menjadi hasrat UKM untuk terus melahirkan graduan yang mempunyai sifat kepimpinan yang baik demi kemajuan dan kesejahteraan negara selari dengan Bidang Keberhasilan Utama UKM yang pertama iaitu melahirkan Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing dan Inovatif. Nota: Ucapan ini disampaikan oleh Timb. Naib Canselor sewaktu perasmian penutupan Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar pada 25 April 2016

Download Majalah Varia C Edisi V

Majalah Varia-C Edisi V.pdf . PDF . 52.57 MB . 80 pages

Download PDF

File information

File name
Majalah Varia-C Edisi V.pdf
Size
52.57 MB
Pages
80 pages
PDF version
1.4
Produced with
Adobe InDesign CC 2017 (Windows) / Adobe PDF Library 15.0
Filed on
12/07/2017
Page views
1 744
Document ID
majalah-varia-c-edisi-v
MD5
fe5b0e8dbb5f30177c24fa64a6e26cb4
SHA-512
330f28c9217f78b39a7bce4ad077768de83cb107cd9e49b19221977e00748e023f4e4f41fb093add389b42f4891b03ad2c752888719d10196d6ad724a264e6a0

Share this document

This address never changes. It is the one to keep, to send, or to cite.

Shorter, for a text message or a post with a character limit.

To link to this document from a website or a blog.