NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROF. DATO’ SERI DR. NOOR AZLAN GHAZALI
Assalamualaikum semua Dekan, Pengarah, Pengetua, dan semua Warga UKM akademik, pentadbir dan staf sokongan yg
amat saya hormati,
Sehari dua ini ramai anak muda, ibubapa, adik abang kakak yang bakal tersenyum girang menerima surat tawaran memasuki UKM. Pastinya ada yang melinang air mata dan melompat suka mendapat berita yang dinanti sekian lama. Ada yang
berlari kesawah, ke kedai, ke kebun, ada yang menanti kepulangan mak ayah dari laut, dari ladang, dari pejabat. Ada yang
menadah berdoa buat mak ayah yang mungkin sudah tiada. Tak sabar menyampai berita ‘besar’, terkedu dalam hati mengenang hasrat yg telah pergi-mak ayah…saya dapat masuk UKM!
Soon in few weeks time they will be arriving to meet us in Bangi. Each new admission will add to the list of Warga UKM, and
InsyaAllah soon Alumni Hebat UKM.
‘Day One’ kita hampir bermula. Hari pendaftaran pelajar baru is a VERY critical day for the students, their parents n families
n MORE so for all of us. Setiap mereka punya impian n harapan. Setiap mereka punya latar kehidupan masing-masing. Apa
yang bakal kita sajikan pada pertemuan pertama dan diminggu-minggu awal dan seterusnya akan menyentuh hati sabubari
para pelajar ini.
‘Lagu & Irama’ yang kita dendangkan akan menjadi sajian penting membentuk perspektif, tingkahlaku dan pemikiran dan
kesediaan semua yang bakal menjengah.
Apa
Apa
Apa
Apa
Apa
yang
yang
yang
yang
yang
UKM
UKM
UKM
UKM
UKM
tawarkan?
harapkan?
utamakan?
impikan?
nilaikan?
We all to receive them VERY soon. Let’s get ready. Bersedia dengan penuh kesungguhan dan azam. Kita ada amanah. Kita
ada tanggungjawab. Marilah kita tunaikan dengan penuh semangat dan iltizam utk beri yang terbaik.
Ajak semua di PTJ masing-masing bersedia menyambut kumpulan ahli baru keluarga UKM yang besar ini dengan ‘lagu &
irama’ yang sehati dan bersemangat. Bersedia menyambut kedatangan para pelajar serta ibubapa dan keluarga mereka.
Kenali mereka sebelum mereka sampai ke UKM.
Welcome on board, menyertai misi besar kita selaku Pendaulat Amanah Negara.
Nota: Ucapan ini disampaikan oleh Naib Canselor sewaktu Minggu Mesra Mahasiswa sesi 2016/2017
TIMB. NAIB CANSELOR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
PROF. DATO’ NOOR AZIAH MOHD AWAL
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera yang berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar
Amin Haji Mulia, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Encik Nik Hairi Omar, Pengetua Kolej Ungku Omar, Saudara Mohammad
Syazwi Mohd. Rafaee , Ketua Pengarah Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar, peserta debat,para mahasiswa serta hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian.
Pertama sekali, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul bersama-sama pada
malam ini dalam Pertandingan Akhir Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar. Saya mengucapkan sekalung tahniah kepada
para pendebat yang berani mencabar diri untuk terlibat dalam pertandingan ini. Bagi pihak UKM, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji
Mulia, Yang Dipertua Dewan Rakyat atas kesudian meluangkan masa menyempurnakan majlis ini, yang bertemakan “Mahasiswa Progresif Menerajui Aspirasi Nasional”.
Penganjuran pertandingan Debat Kenegaraan Piala Ungku Omar ini membuktikan bahawa UKM sentiasa terkehadapan dalam membicarakan isu-isu semasa yang berlaku dalam negara kita. Ini adalah selari dengan sejarah penubuhan UKM yang
dibina berlandaskan aspirasi rakyat yang inginkan sebuah universiti kebangsaan dibina menggunakan bahasa kebangsaan
sebagai bahasa ilmu tinggi. UKM sentiasa menggalakkan para mahasiswa untuk melibatkan diri dalam program-program
seperti ini kerana ia dapat meningkatkan kecemerlangan mahasiswa bukan sahaja dari sudut akademik tetapi juga kemahiran insaniah.
UKM juga berharap program ini dapat melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu berjasa kepada masyarakat.
Sememangnya menjadi hasrat UKM untuk terus melahirkan graduan yang mempunyai sifat kepimpinan yang baik demi
kemajuan dan kesejahteraan negara selari dengan Bidang Keberhasilan Utama UKM yang pertama iaitu melahirkan Graduan Beraspirasi Kebangsaan, Berkompeten, Berdaya Saing dan Inovatif.
Nota: Ucapan ini disampaikan oleh Timb. Naib Canselor sewaktu perasmian penutupan Debat Kenegaraan Piala Ungku
Omar pada 25 April 2016